25 Ogos 2014

Jangan ‘Gopoh’ Menggunakan ‘Alam Maya’


IMG-20140825-WA0015KUALA NERUS – Alam ‘maya’ (cyber world) yang menjadi rujukan utama masyarakat kini dan menjadi alat untuk menyebarkan segala cerita dan berita, turut membawa penyakit kepada masyarakat.
‘Wabak’ tersebut dinamakan sebagai ‘CPF’ atau lebih dikenali sebagai ‘copy. paste and forward’ yang dibuat melalui aplikasi ‘Whatsapp dan Telegram’, dan juga laman sosial ‘Facebook’ serta ‘Twitter’.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr. Alias Razak, penyakit tersebut banyak membawa berita ‘sampah’, umpama sembang di kedai kopi.


“isu alam maya yang menjadi penyakit kepada masyarakat sekarang, dan ia dinamakan sebagai ‘CPF’ atau lebih dikenali sebagai ‘copy paste and forward’ melalui Whatsapp dan Telegram, dan dengan Facebook mereka hanya copy paste dam cara inilah berita ini menjadi tersebar luas,
IMG-20140825-WA0017“berita hari ini ‘rubbish’, sampah dan saya lebih menyatakan bahawa ia tidak kurang macam kelas sembang, seperti zaman-zaman dahulu orang lelaki sembang di kedai kopi, dan pergi ke kedai kopi lain dan tersebar kepada masyarakat dengan begitu cepat,”ujarnya.
Adun Bukit Tunggal, berkata demikian ketika berucap mewakili PAS Terengganu pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke-41 yang diadakan bertempat di Dewan Masjid Jamek Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, pada 23 Ogos 2014.
Tegas beliau lagi, kerana punca itulah, timbul salahfaham dalam negara termasuk dalam PAS sendiri, dikalangan pimpinan parti-parti yang bergabung melalui Tahalluf Siyasi.
“Ada juga sebahagian daripada kita tidak menapis berita-berita yang diterima itu, dan terus menghantar kepada sahabat-sahabat. Akhirnya dia harus buat penafian demi penafian kepada rakyat dan dan rakyat semakin keliru dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan ini yang timbul pada hari ini,
“suara- suara yang seolah-olah tidak yakin kepada pucuk kepimpinan, dan perkara ini amat membimbangkan apabila ia berlaku, maka ia akan timbul soal Wala’, Thiqoh dan sebagainya,”jelasnya.
Beliau turut berpesan, supaya pengguna ‘alam maya’ tidak terlalu gopoh dalam menyampaikan berita yang kadangkala tidak difahami, samada adakah benar atau tidak.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018