Kakitangan Jabatan Perhutanan ‘Sesat’, Pulang Sendiri

IMG-20140819-WA0069DUNGUN – Selepas saja selesai solat Isyak, Selasa 19 Ogos, sekumpulan ahli jamaah masjid Kampung Pinang Merah yang diketuai oleh Ketua Cawangan PAS Che Wan Mustafa Che Wan Kaman, menziarahi ahli qaryah yang hilang di hutan Hulu Dungun.
Menurutnya, Rani @ Yahya bin Jusoh, 56, atau dikenali dengan panggilan ‘Yayar’ telah sesat dan dikhuatiri hilang selama sehari sejak jam 9.00 pagi, hari Isnin.


“tujuan kita menziarahi Yayar adalah memberikan semangat dan sokongan kepada beliau yang telah tersesat dan hilang selama sehari sejak pagi Isnin,
IMG-20140819-WA0107“AlhamduliLlah, beliau telah kembali dan selaku jiran sekampung, ahli jamaah masjid mahu mendengar kisah sebenarnya dari beliua,”ujar Che Wan Mustafa ketika ditemui.
Yayar  [Gambar kanan - berbaju gelap] adalah kakitangan Jabatan Perhutan Negeri Terengganu telah terpisah dari rakan-rakannya ketika menjalankan tugas di lading hutan Risda Hulu Paka.
Beliau ketika menceritakan kembali peristiwa ‘sesat’ selama lebih 24 jam itu berkata, telah tersasar jauh ke dalam hutan seorang diri.
“Setelah meminta izin dari kawan-kawan saya berjalan keluar seorang diri………..semakin jauh perjalanan semakin pelik rasanya,
“bila dah jauh berjalan barulah saya merasa sudah tersasar jauh dan sesat di hutan (jadi) apabila dah sedar tersasar jauh,saya cuba cari jalan pintas untuk kembali,”ujarnya.
Namun, beliau berkata, bukan sahaja tidak berjumpa sebarang jalan, tanda cantasan pokok yang dibuat atau tali ikatan penanda pada dahan pokok juga tidak ditemui.
Setelah menempuh bukit bukau, dan meredah hujan sebanyak dua kali, kata beliau, barulah beliau menjumpai kawasan hutan dara.
Namun begitu, beliau terpaksa bermalam kerana hari beransur gelap dan tubuhnya juga berasa keletihan untuk meneruskan perjalanan.
“saya belindung di sebatang pokok besar, dalam perjalanan dua kali ditimpa hujan lebat……. dalam keadaan basah kuyup (saya) tak dapat tidur walaupun sesaat pun,
IMG-20140819-WA0040“tubuh dah merasa letih dan lapar dan teringat bermacam pemikiran……. maklum lah didalam hutan yang gelap,”jelasnya.
Sebaik kilauan fajar menyingsing pada pagi Selasa, beliau meneruskan perjalanan.
Selepas berlapar dan terpaksa memakan buah kelapa sawit serta hamper-hampir berputus asa, Yayar akhir bersyukur kerana bertemu dengan sebatang jalan raya.
Kira-kira jam 4.30 petang, Selasa, sebuah van yang sarat dengan pekerja ladang lalu di jalan tersebut dan menumpangkan Yayar sehingga ke Felda Kerteh 5.
Sebelum itu, gerakan mencari dan menyelamat telah bermula sebaik laporan kehilangan Yayar dimaklumkan kepada pihak keselamatan.
Sepasukan anggotai polis, bomba, JPAM, Rela dan badan-badan sukarela termasuk anggota keselamatan PAS Dungun telah dikerahkan untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat.

Ulasan