12 Ogos 2014

Kemaskini Jentera, Bersiap Awal Untuk Pilihanraya


20140809_135436 (2)MARANG – PAS Perlu bersedia menghadapi suasana pilihanraya dan melaksanakan kerja-kerja dakwah pada setiap masa, bukannya hanya ketika waktu hampir menjelang, pada tempoh empat tahun sekali.
Petugas di semua peringkat di negeri Terengganu, diminta untuk mengemaskini jentera masing-masing sehingga mencapai ‘standard’ sebagaimana yang ditetapkan.


20140809_135404 (2)Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata, ia adalah penting bagi meningkatkan kesinambungan perjuangan PAS sehingga bila-bila.
“kita tak (mahu) ada doh suara-suara (sungutan) kita mahu parti kita mantap…….kita kena ada kesatuan yang kukuh,
“diperingkat cawangan-cawangan, di peringkat peti-peti undi………maka apabila kuatnya parti kita diperingkat akar umbi, parti kita akan meneruskan kesinambungan perjuangan (dan) keteguhan parti kita sampai bila-bila, InsyaAllah,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika kepada pihak media ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka di kediamannya pada Sabtu lalu.
Bercakap soal yang sama, Ariffin yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berkata, sebagai sebuah parti Islam yang menyertai pilihanraya, PAS perlu meningkat sokongan orang ramai dalam bentuk undi.
“(disamping) meningkatkan ukhuwwah, kita kasih dengan saudara-sudara kita…….bantu membantu (di kalangan masyarakat) memberikan pertolongan yang diperlukan,
“bukan mudah…….kita perlu meningkatkan sokongan kepada parti (dalam bentuk undi),”jelasnya.
Ribuan pengunjung hadir ke majlis tersebut yang disifatkan oleh Ariffin sebagai lebih meriah daripada sambutan pada tahun yang lalu.
20140809_135439 (2)Turut hadir ke majlis rumah terbuka beliau adalah bekas ahli Umno, Jaafar Jambol (Gambar bersalaman dengan YB Ariffin) yang bertanding sebagai calon bebas di DUN Alor Limbat pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu.
Pada PRU-13, pertentangan tiga penjuru berlaku di Dun Alor Limbat yang menyaksikan calon PAS Aiffin Deraman berhadapan dengan penyandang dari BN Alias Abdullah dan Jaafar Jambol, seorang ahli Umno yang menentang Alias.
Ariffin diisytiharkan sebagai pemenang degan mendapat undi sebanyak 10,844 menewaskan Alias dengan majoriti sebanyak 645 undi dengan Alias mendapat 10, 199 undi dan calon bebas, Jaafar Jambol hilang wang pertaruahan apabila hanya mendapat 74 undi.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018