18 Ogos 2014

Kerajaan Umno-BN Menyelewengkan Sejarah Perjuangan Kemerdekaan


20140817_131410HULU TERENGGANU – PAS kesal kerana masih ramai pejuang kemerdekaan yang menentang penjajahan Inggeris di Negara ini masih digelar sebagai pemberontak, sedangkan mereka adala pencetus kebangkitan rakyat sehinggan British dihalau dari Tanah Melayu.
Antara mereka adalah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang berjuang menegakkan undang-undang Islam dan menentang sistem cukai tanah diperkenalkan oleh penjajah di negeri Terengganu.


“PAS kena terus berjuang……… yang pertama selain daripada (politik) itu, kita nak menegakkan Islam di Terengganu dan Malaysia ini.
20140817_122614
“kita (juga) nak perbetulkan sejarah yang ditulis oleh penjajah, kerana pada penjajah orang yang menentang dia semua adalah pemberontak, pengganas dan orang yang perlu ditolak oleh kerajaan,
“sedangkan kita mempunyai matlamat yang sangat baik, sangat suci untuk menegakkan keadilan dan menegakkan Islam itu sendiri,”ujar Haji Muhyiddin Abd Rashid, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Oleh itu, tegas beliau, selagi Barisan Nasional (BN) tidak ditumbangkan, selama itulah sejarah Islam dan sejarah perjuangan rakyat Malaysia ini diselewengkan.
“(kita) sentiasa ditipu dan rakyat (sebaliknya seolah-olah) menerima penipuan itu, sedangkan ia satu penipuan yang berterusan kalau kita tidak dapat mangubah kerajaan (Umno dan BN),”kata mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu, ketika ditemui selepas menyambut Konvoi Jelajah Kemerdekaan PAS di Kampung Telaga, dekat sini pada Ahad 17 Ogos.
Justeru itu, Haji Muhyiddin Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu berkata, PAS akan menggerakkan usaha bersepadu mengajak rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dan memberikan penerangan tentang penyelewengan sejarah kemerdekaan negara.
“In sha Allah, benda (perjuangan) ini bersepadu, maknanya kita bergerak untuk mengubah kerajaan dalam masa yang sama kita bagi tahu penyelewengan sejarah sedang berlaku,
20140817_115931“banyak fakta-fakta dan sejarah yang akan diselewengkan, yang akan dipinda daripada hakikat sebenar……..sebab itu kita tidak boleh bersendirian semata-mata berjuang untuk mengubah sejarah tidak buat, kita mesti gerakkan (usaha) untuk mengubah kerajaan yang ada,”jelasnya.
Sebanyak sepuluh buah motosikal berkuasa tinggi menziarahi lokasi bersejarah tokoh perjuangan kemerdekaan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini ‘Malaysiaku…..Minda Merdeka’ telah dilancarkan semasa majlis perasmian yang diadakan di Temerloh pada Sabtu, 16 Ogos.
20140817_113033Sebelum itu, rombongan ‘konvoi’ tersebut telah melawat tapak pertempuran dan Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung di Kuala Telemong.
Disamping berdoa kepada para ‘syuhada’ Padang Kachung, ahli-ahli ‘konvoi’ telah diberi taklimat dan ‘pengkisahan’ tentang perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong oleh Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Wan Sukairi berkata menurut sejarah yang tercatat, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah anak murid kepada ketua ulamak dan mufti negeri serta penasihat kepada Sultan Terngganu, al-Marhum Tok Ku Paloh.
Menurut Wan Sukairi, sejarah hanya mencatatkan Haji Abdul Rahman Limbong adalah pemberontak yang menentang sistem cukai tanah.
Tetapi sebaliknya, beliau adalah pejuang yang menegakkan syariah Allah, mendokong sistem zakat dan menentang sistem zalim penguatkuasaan cukai tanah oleh penjajah British keatas rakyat Terengganu khususnya di Hulu Terengganu.
Turut sama menyambut kedatangan konvoi tersebut adalah Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...