Madrasah Darussalam Buka Kelas Tahfiz 2015


darussalamKUALA TERENGGANU – Madrasah Darussalam Kampung Losong dekat sini mengadakan majlis makan malam mengutip dana bagi tujuan membangunkan sebuah bangunan untuk kelas tahfiz yang akan dimulakan sesi pengajian pada tahun hadapan.
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata mulai sesi depan semua pelajar Madrasah tersebut akan diwajibkan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran.


“untuk pertama sekali saya bersyukur kepada Allah majlis makan malam sempena dengan kutipan dana bagi membina bagi membina bangunan tambahan khas untuk bangunan tahfiz bagi Madrasah Darussalam,
“yang telah pun kita lancarkan pada minggu yang kedua pada bulan Ramadhan baru-baru ini,”ujarnya ketika memberikan ucapan alu-aluan pada makan malam tersebut.
Katanya, PAS berhasrat untuk melahirkan lebih ramai lagi para ilmuan Islam dan para ulamak yang akan menyinari bumi Terengganu Darul Iman ini.
Beliau selaku Penaung kepada Madrasah tersebut berkata kos keseluruhan bagi membina bangunan tersebut adalah sebanyak RM1 juta.
Kutipan yang telah bermula tiga minggu lalu itu, katanya, telah berjaya menghimpun dana sebanyak RM100,000.
“dengan baki RM 900,000 lagi dan Insya Allah selain daripada program yang kita adakan pada malam ini,
“saya bagi pihak PAS kawasan Kuala Terengganu yang menjadi penaung kepada Madrasah Darussalam ini menawarkan beberapa skim bagi memudahkan semua pihak meneruskan sumbangan,”jelasnya.
Antaranya, kata Wan Sukairi, sumbangan boleh dibuat membeli lot-lot ‘wakaf’ bangunan yang telah pun kita jual bermula Ramadhan lalu.
Selain itu, beliau berkata, sumbangan melalui potongan bulanan dengan arahan bank, juga tawarkan kepada muslimin muslimat untuk meraih ‘saham akhirat’, bersama-sama meningkat usaha melahirkan generasi yang celik al-Quran, celik agama dan yang faham tentang tanggungjawab memperjuangkan Islam.

Ulasan