Majlis Raya Bersama Warga Tionghua Tingkatkan Perpaduan Antara Kaum

raya tionghua chukaiChukai, KEMAMAN – Pertemuan antara warga Tionghua pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat, dapat meningkatkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.
Menurut seorang pengunjung, jurang perkauman semakin luas ekoran isu-isu perkauman yang sering ‘dimainkan’ oleh Barisan Nasional (BN).
“program hari ini dapat menyatukan hati-hati kami yang semakin hari semakin luas jurang perkauman yang dimainkan oleh BN……,


“hari ini sangat bagus semua orang yang hadir ceria, ini yg kita mahu,” kata Ah Sheng, 49, yang tinggal di Bukit Mentuk, dekat sini.
raya tionghua chukai (2)Haji Hanafiah ketika ditemui pada majlis itu berkata, ia merupakan pgrogram turun padang bersua muka dengan masyarakat Tionghua sambil mengeratkan hubungan mesra sempena kedatangan Aidil Fitri.
“disamping (itu) mengambil peluang menerangkan suasana politik tempatan dan negara, khususnya kemelut politik di negeri Selangor,
“AlhamduliLlah mereka semua gembira kerana PAS membuat keputusan masih bersama-sama dengan Pakatan Rakyat,”kata beliau yang juga, selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, pada Isnin 18 Julai.
raya tionghua chukai1Menurutnya, mereka mahu lihat kerajaan BN akan hilang kuasa selepas pilihanraya umum kali ke-14 (PRU-14).
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, majlis tersebut juga menjadi medan kepada beliau untuk mendengar apa-apa aduan daripada masyarakat Tionghua.
“saya juga mengambil peluang mendengar sungutan orang-orang Cina mengenai kehidupan dan persekitaran harian mereka seperti kerosakan jalan, longkang bersumbat dan kebersihan,
“untuk saya mengambil tindakan lanjut dan majukan kepada pihak berkuasa,”jelasnya
Katanya, ia merupakan tahun kedua beliau mengadakan Majlis seumpamannya sejak ia mula dianjurkan setelah beliau dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) pada bulan Mei, tahun lalu.

Ulasan