26 Ogos 2014

Misi Korban Akan Singgah di Kem Pelarian Syria Jordan

IMG-20140825-WA0132KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM500, 00 sumbangan diperlukan ole Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) bagi membangunkan dan mengendalikan sebuah sekolah untuk anak-anak Syria (Edu For Syria) yang menjadi pelarian di bumi Jordan.
Ketua Delegasi Misi Korban YAMCT Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah berkata, rombongan Misi tersebut yang ke wilayah Kasala, Sudan pada kali ini akan singgah di Jordan untuk menyampaikan sumbangan kepada pelarian terbabit.
“In shaa Allah, bersekali dengan perjalanan Misi Korban ke Sudan, (hala) balik kita akan terus ke Jordan untuk sampaikan sumbangan kemanusiaan dan juga sumbangan keperluan persekolahan untuk anak-anak Syria di bumi Jordan,


“kita akan berlepas pada 1Oktober dan kembali ke Malaysia pada 13 Oktober,”ujarnya
Menurutnya, kos keseluruhan pembangunan sekolah untuk anak-anak Syria itu adalah berjumlah RM1 juta dan keperluan kos pengendalian sebanyak RM1 juta selama dua tahun.
Katanya, YAMCT akan bekerjasama dengan sebuah NGO,’Tangisan Airmata Syria Dibumi Jordan’ yang dipengerusikan oleh adik Musa Nuwairi Kamaruzzaman.
“AlhamduliLlah, sebanyak dua kali program sumbangan yang telah kita buat (hantar) sebelum ini iaitu ‘Blanket For Syria’ dan sumbangan kemanusiaan berjumlah hamper RM400,000,
“sehingga kini (untuk Edu For Syria) kita telah mengumpulkan sumbangan hamper RM200,000 dan kita perlukan antara RM600,000 lagi untuk mencukupkan jangkaan(kos) perjalanan (pengendalian) untuk anak-anak Syria di bumi Jordan,”ujarnya ketika ditemui di pejabat YAMCT di Gong Badak, dekat sini.
Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar berlumba-lumba untuk membuat kebajikan bagi menyumbangkan derma kepada program ‘Edu For Syria’ tersebut.
Menurutnya, sumbangan boleh dibuat dengan memasukkan derma tunai kepada akaun Amal Terengganu Dana Syria di akaun Maybank No: 563064131924 pada bila-bila masa sahaja.
KORBAN SUDANUntuk rujukan atau sebarang pertanyaan, katanya, boleh diajukan kepada beliau sendiri di talian 0139238685 atau melalui Setiausaha Kerja YAMCT Encik Ikhwan di talian 01110693390.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberikan sumbangan kepada YAMCT sebelum ini dan pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengerusi YAMCT Dr Suhazeli Abdullah berkata, Misi Korban YAMCT pada tahun ini adalah membantu pelarian Darfur dan pelarian Eritrea di Kasalla Sudan.
Katanya, delegasi Amal Terengganu akan membawa penyertaan bahagian korban atau akikah bukan sahaja dari negeri Terengganu, tetapi dari seluruh rakyat Malaysia.
“Dengan ibadah Qorban atau akikah ini, sekurang-kurangnya akan membantu mereka menikmati makanan berzat,”ujarnya, selaku seorang pegawai perubatan.
Selain itu, satu rombongan YAMCT dengan kerjasama Muslim Care akan ke Mindanao di Selatan Filipina bagi tujuan yang sama pada musin Hari Raya Eidul Adha nanti.
Ia menjadikan, keseluruhan Misi YAMCT pada kali ini adalah Misi ‘Empat Dalam Satu’.
“Jadi pada musim raya Haji tahun ini, kita (YAMCT) ada 4 misi yang akan dilaksanakan sekaligus iaitu, membantu pelarian Eritrea di sempadan Kasalla, membantu pelarian Darfur di Khartoum
“sumbangan kemanusiaan kepada pelarian Syiria di Jordan dan korban untuk saudara seIslam di Mindanao, selatan Filipina,”tambahnya

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...