MPK Hilang Fokus Kerana Nak Jaga Zoo


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/Fakta%20zoo%20Bukit%20Takal1.jpgKEMAMAN – Kemenangan PAS berhubung kes saman fitnah oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berkait isu Zoo Bukit Takal mengesahkan apa yang disuarakan oleh PAS ada kebenarannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut, tidak pernah berniat untuk memfitnah mana-mana pihak.






“Alhamdulillah (kemenangan) ini menandakan apa disuarakan oleh PAS ada kebenarannya dan tidak terlintas langsung dihati kecil saya (dan PAS) untuk memfitnah sesiapa pun,
“kemenangan ini sekaligus menyemarakan suasana politik negeri Terengganu dan memberikan lonjakan moral kepada wakil-wakil rakyat untuk (terus) meyampaikan maklumat kepada rakyat (tentang) perancangan serta pelaksanaan semasa, kerajaan yang diberi amanah untuk memeritah,”tegasnya.
Screenshot (86)Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebaik berita kemenangan kes tersebut tersebar di laman-laman berita.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, perbelanjaan yang diluluskan oleh kerajaan negeri Terengganu ialah berjumlah RM100 juta.
Katanya, Majlis Perbandaran Kemaman telah membelanjakan sebanyak RM60 juta untuk Zoo terbabit.
Oleh kerana zoo tersebut adalah projek bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, beliau mempersoalkan, samada kerajaan yang diterajui oleh Menteri Besar baru mahu meneruskannnya.
“adakah kerajaan masih mahu meneruskan? dan sekarang MPK baru (telah) membelanjakan sekitar RM60 juta.
“Apakah MPK akan meneruskan lagi pembinaan zoo tersebut yang direka mengikut ‘standard’ zoo di Singapura dimana binatang diletakan dalam cermin kaca yg membolihkan pengunjung menghampiri binatang tersebut?,”soalnya.
Beliau menyarankan zoo tersebut diswastakan supaya kos yang besar bagi membiayai dan mengendalikannya tidak menjadi beban kepada kerajaan negeri Terengganu.
“kos makanan binatang hampir RM800,000 setahun dan kos operasi RM2 juta setahun manaka pendapatan (hanya) sekitar RM450,000 hingga RM600,000 setahun.
“(saya) mohon MB mengkaji semula keberkesanan (projek) zoo samada diteruskan atau sebaliknya dan saya cadangkan ia diswastakan,”jelasnya.
zoo bukit takalYang malangnya, kata beliau, MPK yang sepatutnya menumpukan kepada soal memberikan khidmat perbandaran dan kebersihan kepada rakyat, terpaksa berhutang dengan Tabung Amanah Warisan, semata-mata untuk projek zoo yang disifatkan sebagai ‘Taman Mainan Ahmad Said’.
Katanya, masalah kebersihan dan keceriaan serta infrastruktur Bandar Chukai sebagai Bandar pintu masuk selatan negeri Terengganu masih tidak mencukupi.
“lebih baik MPK memberi tumpuan kepada menaiktaraf longkang-longkang serta membina tebatan banjir bagi memastikan tidak berlaku malapetakan terburuk seperti yang terjadi pada tahun lepas,
“selain meningkatkan soal keceriaan dan kebersihan Bandar Chukai yang merupakan Bandar utama di selatan,”ujar beliau.
Semalam, tiga panel Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menolak rayuan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berhubung saman fitnah mereka terhadap PAS dalam itu “Zoo Bukit Takal”.
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS dalam kenyataannya berkata, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul berkaitan isu itu sebelum ini.
Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan MPK gagal membuktikan artikel yang dikatakan fitnah bertajuk “Fakta Zoo Bukit Takal” itu ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan itu.
Mahkamah Rayuan hari ini turut memerintahkan MPK membayar kos RM10,000 terhadap PAS, menurut JUHAM lagi.
Hakim Mahkamah Rayuan lain yang turut bersidang ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai.
PAS diwakili peguam Noorazmir Zakaria yang juga pengarah JUHAM.

Ulasan