24 Ogos 2014

Muslimat Hargai Peranan Unit Media


IMG-20140823-WA0077 (2)KUALA NERUS – “PAS akan sentiasa memberi ruang kepada calon muslimat, begitu juga di Terengganu, kuota untuk muslimat sentiasa ada…”. Begitu antara ucapan Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali dalam ucapan perasmian mesyuarat agung muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke 41.
Ucapan ini disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati yang memenuhi Dewan Masjid Jamek Maahad Tahfiz Tok Jiring yang boleh memuatkan seramai 200 orang pada satu masa.


Kenyataan ini turut disokong oleh jawatankuasa DMPNT semasa perbahasan berlangsung iaitu saudari Rohani Ramli.
Melihat kepada penglibatan muslimat yang banyak menyumbang kepada kemenangan PAS di Terengganu, keperluan untuk diadakan kerusi untuk calon muslimat adalah satu langkah pro-aktif.
Suasana mesyuarat agung juga semakin panas apabila perwakilan dari kawasan Kemaman bertanyakan tentang kehadiran muslimat dalam program yang turut sama membawa anak anak kecil.
hadiah kameraSoalan itu dijawab dengan penuh keyakinan dan cukup meruntun hati para perwakilan, pemerhati dan tetamu jemputan oleh Puan Safinah Jusoh, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.
“Muslimat dan anak anak tidak boleh dipisahkan, itulah kita yang perlu memenuhi tanggungjawab untuk keluarga dan jemaah. Alhamdulillah walaupun berkelek dan sebelah lagi berpimpin kita masih mampu hadir program”. Jawapan yang cukup untuk memberi semangat kepada semua yang hadir di sambut dengan laungan takbir.
Perwakilan kawasan Dungun turut menyokong dengan mencadangkan diadakan nursery bergerak diadakan dalam setiap program yang melibatkan muslimat.
Majlis perasmian disudahi dengan penyampaian satu unit kamera kepada Jawatankuasa IT (Team Media Muslimat) oleh Dato Mustafa Ali.
Melihat kepada sumbangan unit media muslimat yang sudah ke depan seiring media muslimin, diharapkan dengan pertambahan kelengkapan untuk melaksanakan gerakerja media akan membantu menyebarluaskan dakwah muslimat.

Tiada ulasan: