14 Ogos 2014

Pembangunan Kuala Nerus: ‘Impak Alam Sekitar’ Mesti Diutamakan


Hishamuddin 2KUALA NERUS – PAS mengulangi pendiriannya, mengalu-alukan pembangunan bandar dan daerah baru Kuala Nerus, serta peruntukan yang telah diluluskan bagi projek tersebut.
Namun begitu, kerajaan diberi peringatan supaya melaksanakannya dengan mengikut peraturan sedia ada yang telah ditetapkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abd Karim menegaskan, projek bernilai jutaan ringgit tersebut, mestilah mendapat kelulusan, setelah dibuat kajian tentang impak kepada alam sekitar terhadap kawasan terbabit, terlebih dahulu.


“kami (PAS) mengalu-alukan pembangunan kawasan (daerah) atau pun bandar bandar baru Kuala Nerus, tapi saya telah menumbulkan beberapa isu dalam (sidang);Dewan Undangan yang lepas,
Hishamuddin“dan masih ada beberapa perkara yang masih belum terjawab……antaranya isu EIA pembangunan tapak tersebut, adakah ia sudah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar,”jelasnya.
Menurut Hishamuddin, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu menegaskan, kesan pembangunan terhadap alam sekitar perlu diutamakan, walau pun sebanyak mana peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.
“(kesan) alam sekitar mesti diutmakan………janganlah kita ghairah untuk membuat pembangunan…….tetapi alam sekitar kita terabai, kita mengharap peruntukan undang-undang (dipatuhi),
“kita harap dia (kerajaan) tidak membelakang undang-undang itu,”ujarnya ketika ditemui di Padang Bola Batu Enam, dekat sini pada Rabu 13 Ogos.
Beliau berkata demian kepada pihak media ketika meninjau persiapan bagi Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri, Peringkat Kuala Nerus, yang akan diadakan pada Khamis 14 Ogos.
Sehubungan itu, selaku Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus merangkap Pengarah bagi Majlis tersebut, beliau menjemput seluruh warga Kuala Nerus untuk bersama-sama menghadiri Majlis yang akan bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 2 petang.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018