11 Ogos 2014

Pesanan Kepada Hafifi; Jangan Tinggal Solat, Jangan Lupa Diri


IMG-20140809-WA0087 (2)KEMAMAN – Meraikan warga Chukai yang mengharumkan nama Negara di persada dunia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat telah menziarahi jaguh angkat berat, Mohd Hafiffi Mansor.
Sewaktu membuat kunjungan ke rumah abang Hafifi di Flat Fasa 5 Fikri dekat sini, Hanafiah mengucapkan tahniah atas kejayaannya memenangi pingat emas pada sukan Komanwel baru-baru ini.


“saya ziarah dan ucap tahniah kepada Mohd Hafifi Mansor, di rumah abangnya di Flat Fikri Fasa 5. Hafifi pemilik pingat emas acara angkat berat Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dengan angkatan 305kg menerusi snatch 135kg dan ‘clean & jerk’ 170kg.
IMG-20140809-WA0088“Semoga Hafifi meraih lebih banyak pingat emas terutamanya pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini dan Sukan Komanwel akan datang khususnya mengarumkan Negeri Terengganu,”ujarnya.
Selain itu, kata Hanafiah, beliau berpesan kepada Hafifi, sebagai seorang Islam supaya tidak meninggalkan solat dan jangan lupa diri.
“(saya juga) pesan jangan tinggal solat dan terus berusaha harumkan nama Terengganu di persada sukan dunia dan jangan lupa diri ketika disanjung dunia.
“berlatihlah dengan bersungguh-sungguh……….kerajaan dah bagi tanah……….saya kata saya akan minta kerajaan utamakan kebajikan (kepada para atlet) seperti (memberikan) elaun setiap bulan,”katanya ketika ditemui selepas menziarahi Hafifi pada Sabtu 9 Ogos.
Mohd. Hafifi Mansor, 24, menepati ramalan apabila meraih pingat emas pertama buat kontinjen Negara semasa temasya Sukan Komanwel ke-20, pada 27 Julai lalu.
Pingat perak bagi acara yang sama dimenangi oleh Yinka Ayenuwa dari Nigeria dengan 302kg manakala pingat gangsa menjadi milik Omkar Otari dari India dengan 296kg.
Hafifi dipetik agensi Bernama menyifatkan kejayaan pingat emas itu merupakan hasil kesabaran dan mematuhi arahan jurulatihnya yang tidak mahu dia terjebak dengan perang psikologi daripada pihak lawan.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...