
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, keputusan itu lebih baik berbanding mengadakan pilihan raya semula.

“Kita (PAS) hantar (cadangan nama) Azmin
dan Wan Azizah. Kalau sultan tolak (keduanya) tetapi hendak calon PAS
atau pilihan raya semula,
“kita mengharapkan PR terima calon Pas. Apa salahnya (terima calon
Pas) berbanding pilihan raya,” katanya kepada pemberita ketika sidang
media sempena Majlis Aidilfitri PAS Terengganu, di sini, semalam Khamis
21 Ogos.Turut sama dalam sidang tersebut adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu, Datuk Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh.
Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu percaya, tiada masalah bagi PAS mencadangkan mana-mana calon dari parti itu bagi menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan Pas mempunyai ramai calon berkelayakan.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak akan sesekali meminta jawatan tersebut dan terserah kepada parti itu untuk menimbangkan sekiranya menerima titah Tuanku untuk berbuat demikian.
“Kita tidak minta dan tidak akan minta tetapi kalau orang (pihak lain) minta, kita akan bincang, kita tidak akan tolaklah. ADUN di Selangor layak belaka,” katanya.
Ulasan