
Ketua Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatannya, Wan Marian Wan Ahmad berkata, khidmat kebajikan mestilah tidak dibatasi dengan secara zahirnya, hanya melihat kepada pemberian kebendaan dan wang ringgit.

“masyarakat perlu kepada pengisian rohani selain dari keperluan jasmani yang memenuhi makan dan minum sahaja,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program perbincangan santai yang diadakan di Lagun Kual Ibai dekat sini pada Selasa 26 Ogos.
Katanya, pelbagai telah diadakan pada bulan Ramadhan lalu seperti menziarahi mereka yang ditimpa kesusahan, uzur dan sakit serta pemberian bantuan keperluan harian kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

To’ Puan Norillah yang mengetuai Kumpulan Marhabban An-Nur melahirkan rasa sukacita dan teruja dengan pertemuan santai tersebut.
“pertemuan di tempat begini sedikit sebanyak memberi ruang kepada kita (bercampur gaul dengan) dan masyarakat (akan) mengenali kita,”katanya.
Menurutnya, ia akan menjauhkan tanggapan bahawa muslimat atau wanita hanya duduk di dapur dan melakukan kerja-kerja di rumah sahaja.
Ulasan