Solidariti Bersama Gaza, Sokongan Kepada Presiden


sss (3)KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menjemput semua orang ramai hadir ke Himpunan Perdana & Solat Hajat Khas sempena Solidariti Malam Untukmu Gaza dan Sokongan padu kepada Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.
Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, progranm tersebut aakan diadakan pada hari Jumaat, 8 hb. Ogos 2014


“program akan bermula pada jam 8:15 malam dengan solat Isyak dan diikuti solat Hajat berjamaah di masjid Rusila, kemudian selepas itu disambung dengan aturcara Malam Untukmu Gaza,
“yang akan diadakan Dewan Tok Guru, bersebelahan Masjid Rusila, Marang, InsyaAllah,”ujarnya.
ssSelain dari ucapan tokoh-tokoh, kata beliau, persembahan lagu nasyid, tayangan video, persembahan khas palestin, akan memberi ingatan kita kepada kesukaran hidup warga Gaza.
Oleh itu, penyerahan sumbangan dari orang ramai dan mereka yang prihatin untuk Tabung Dana Kemanusiaan Gaza akan dibuat secara rasmi.
Antara tokoh yang akan berucap, katanya adalah, Presiden PAS yang juga Ahli Mua’asasah Al-Quds, Dato’ Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Us Satiful Bahri Mamat, wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh, Presiden Yayasan Amal Malaysia Husein Ismail dan wakil Muslim Care, Dr Ridhuan Mohd Nor.

Ulasan