Tabung Gaza; Setengah Juta Dikumpulkan Dalam Masa Dua Minggu


IMG-20140726-WA0000 (2)KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu terus merayu kepada semua umat Islam agar ‘berlumba-lumba’ menyumbang kepada Tabung Dana Kemanusiaan Gaza yang dilancarkan sejak dua minggu lalu.
Jurucakap Tabung, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan kewangan kepada Tabung tersebut yang akan disalurkan terus kepada warga Gaza yang dizalimi rejim Israel.


(Gambar atas – Unit Amal Marang mengadakan kempen derma Tabung Kemanusiaan Gaza di sebuah Bazar Ramadhan pada minggu terakhir Ramadhan lalu)
Katanya, banyak lagi diperlukan untuk membantu saudara seIslam di Gaza walaupun sehingga kini lebih setengah juta ringgit telah dikumpulkan.
“kita memerlukan lebih banyak kewangan yang akan disalurkan kepada warga Gaza, kehidupan mereka musnah diserang rejim laknatuLlah Negara haram Israel,
wan sukairi“rumah, sekolah, masjid dan hospital dibom tidak henti-henti Sekurang-kurangnya 1644 orang Palestin……..kebanyakannya orang awam telah terbunuh dan lebih 8850 yang lain cedera dalam serangan tidak henti-henti Israel di wilayah yang dikepung sejak 7 Julai,”jelasnya.
Menurutnya, kebanyakan hospital telah kehabisan ubat-ubatan untuk merawat warga Gaza yang cedera dan ramai antaranya yang parah.
Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan Malaysia menyatakan sikap yang lebih jelas terhadap Israel yang bukan sahaja ‘menyembelih’ umat Islam tetapi turut meneruskan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan.
Selain itu, beliau juga mendesak supaya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang dilaporkan hebat dalam mengadakan hubungan diplomatik dalam tragedi MH-17 agar berunding dengan pihak berkuasa Mesir supaya membuka pintu Rafah dan membenarkan bantuan kemanusiaan dilaurkan segera.
“kita sudah mendengar kehebatan Perdana Menteri kita dalam menyelesaikan tragedi MH-17 yang mengorbankan 259 orang,
“di Gaza sudah hampir 2, 000 orang terkorban dan 8, 000 orang yang menderita kerana tercedera, namun tidak dapat dibantu kerana halangan kerajaan Mesir yang menutup pintu Rafah dan menghalang bantuan,
“kita desak……selaku sebuah Negara Islam sebagaimana yang didakwa, Najib merundingkan dengan Mesir supaya dibenarkan,”tegasnya.

Ulasan