22 Ogos 2014

Tarbiyah dan Penerangan Agenda Utama Muslimat


20140821_112155 (1024x587)KUALA TERENGGANU – Undi wanita amat penting bagi membantu kemenangan PAS di negeri Terengganu dan Malaysia. Oleh sebab itu menjadi suatu tanggungjawab yang hebat untuk Dewan Muslimat serta sayap muda dewan iaitu Ameerah untuk terus bekerja dalam membantu kemenangan Islam di Terengganu.
Ketua Muslimat PAS Terengganu Safinah Jusoh berkata, Dewan Muslimat PAS sudah mencapai umur 51 tahun dan telah melalui banyak siri pilihanraya.


“Sudah tentu banyak yang telah kita kaji dan analisa di mana tahap kemampuan kita, selain kekurangan yang perlu diperbaiki. Kami menyedari cabaran besar buat muslimat adalah untuk memberi kefahaman, penerangan dan cakna perkembangan isu semasa yang sebenar kerana banyak saluran media yang berat sebelah.
“Kami akan terus memperhebatkan penguasaan media di kalangan para muslimat selain kaedah penerangan yang lebih efisien dan menyeluruh.”ujarnya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya PAS Terengganu pada Khamis 21 Ogos.
20140821_121744 (1024x667)Selain itu juga, beliau berkata, sekarang ini pelbagai permasalahan dan kekeliruan yang melanda perjuangan PAS.
Oleh itu beliau menyeru kepada semua muslimat, agar berpegang teguhlah dengan prinsip perjuangan yang sebenar.
“Kita sebagai ahli gerakan Islam perlu ada wala’ dan thiqah kepada kepimpinan yang telah dipilih. Thiqah dan wala’ itu adalah sendi kepada perjuangan ini.
“Kita yakin bahawa kepimpinan kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk membawa imej parti yang berwibawa dan amanah dengan kepercayaan rakyat,”jelasnya.
Walaupun banyak cabaran menanti, beliau amat gembira dengan kehadiran yang memberangsangkan para muslimin dan muslimat pada Majlis yang diadakan di perkarangan pejabat PAS Terengganu itu.
Selain suasana program yang amat selesa dan tempat lebih luas berbanding tahun yang lepas, beliau menyifatkan pengurusan program juga berjalan lancar.
“Saya amat berpuas hati dan ini suatu perkembangan yang amat baik,”kata beliau yang juga mantan Ahli Dewan Negara.
Di kesempatan itu juga beliau mengucapkan Salam Aidilfitri buat para pengunjung muslimin dan muslimat dengan harapan agar rakyat terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada PAS Terengganu untuk menyampaikan dakwah Islam serta undi untuk kemenangan Islam dalam PRU-14 akan datang.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...