01 September 2014

ADUN Tepoh Tinjau Gotong Royong Baiki Paip Bukit


IMG_7635KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, turut hadir dan menyampaikan sedikit sumbangan ketika meninjau kerja kerja gotong royong menukar paip air bukit yang disalurkan ke rumah penduduk kampung.
Seramai 40 orang penduduk hadir dalam gotong royong membaikpulih paip tersebut yang menyalurkan bekalan kepada penduduk di sekitar kampong Pondok Lalang, Bukit Jambu Golok dan Bukit Nenasi.


IMG_7634Sumbangan bagi membiayai penggantian paip lama itu telah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin kepada Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air Bukit Haji Abdul Rasyid bin Jusoh
Beliau berkata saluran paip air bukit yang asal dibina pada tahun 1980-an di bawah kelolaan Jabatan Kesihatan dan kini berusia hamper 40 tahun.
“(banyak) saluran (papi) ke rumah penduduk ada yang telah pecah, bocor dan tekanan air rendah akibat tersumbat,
“jadi kita ambil usaha ramai-ramai gotong royong untuk baiki supaya bekalan air dapat dipulihkan,”ujar Haji Rasyid.
Katanya, air disalurkan daripada takungan yang dibina di atas Bukit Terap dapat dimanfaatkan oleh tidak kurang 500 orang penduduk di kampong terbabit.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hishamuddin yang sudi bersama

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...