
Pengerusinya, Haji Mohamad Said (gambar atas) berkata, ‘team’ (pasukan) Celik Tani akan memberi tumpuan kepada soal teknikal pengeluaran dan pemasaran hasil tani.
“memang kita tubuhkan (Celik Tani) untuk memperjuangkan nasib dan juga membantu keluarga-keluarga petani dari segi pengeluaran dia, pemasaran hasil-hasil pertanian.

Beliau berkata, permasalahan yang dihadapi oleh para petani dan sector pertanian tidak diberi perhatian sedangkan, ia adalah amat penting dan berkait langsung dengan kehidupan rakyat di Negara ini.
Umpamanya kata beliau, majority penanam padi adalah terdiri dari orang-orang Melayu, tetapi nasib mereka tidak diberi perhatian dalam usaha membekalkan makanan ‘ruji’ kepada setiap keluarga.
“buat masa ini tumpuan kita kepada penanam-penanam padi sebab tanaman padi ini boleh dikatakan 99% adalah diusahakan oleh kaum melayu.
“Malangnya, harga padi ini dah hampir 20 tahun, tidak naik. Kalau kita tengok beras, gred A 10 kilo, daripada RM18, sekarang RM30. Harga beras boleh dikatakan setiap tahun naik, tapi harga padi tak ada naik.
“Ini adalah satu perkara yang agak malang juga. Industri padi atau beras ini, adalah tumpuan kepada melayu, dan kita akan bersama dengan mereka untuk menentukan mutu baja padi yang dikeluarkan oleh kerajaan,”jelasnya.
Antara perkara yang paling serius yang membelenggu para penanam padi kata beliau, adalah mutu benih padi yang dibekalkan oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan.
Katanya, benih padi yang kurang bermutu, dan kurang tahan kepada musuh dan penyakit akan menghasilkan bekalan beras yang tidak berkualiti.
“Ini suatu perkara yang harus kita tumpukan supaya petani-petani mendapat bekalan benih yang bermutu, yang baik,”tegasnya.
Ulasan