Demokrasi Malaysia Masih Pincang


Screenshot (291)KUALA TERENGGANU – Demokrasi di negara ini masih ‘pincang’ dengan amalan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) secara terang-terangan ‘membeli undi’ sepanjang kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, amalan penggunaan premis kerajaan seperti bangunan sekolah untuk berkempen adalah amalan yang tidak adil.


“Saya tengok, saya rasa demokrasi kita masih lagi pincang, penggunaan jentera kerajaan itu (dalam pilihanraya) yang sudah biasa kita engok, tapi macam beli undi,
“penggunaan (premis) sekolah dan beri benda (kepada pengundi termasuk) ‘microwave’ (oven) dandana (bantuan kewangan) turun untuk nelayan (pada masa kempen pilihanraya),”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kekalahan PAS pada pilihanraya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor yang diadalan pada Khamis 25 September.
Sehubungan itu Ustaz Satiful yang ditemui pada Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014 menyeru supaya rakyat menilai kembali janji-janji yang telah ditaburkan pada setiap kempen pilihanraya.
“Kita harap apa yang dijanjikan Kepada rakyat itu dilaksanakan, sebab hari tu, dalam Sidang Dewan (undangan Negeri Terengganu) kita (PAS) tanya (sebab Umno-BN) cakap nak bagi 500 buah rumah kepada mereka,(tetapi Umno-BN) tak buat.
“Kita (PAS) tak nak janji-janji PRK ini sebagai gula-gula kepada rakyat,”jelasnya.
Beliau berharap seluruh rakyat menjadi semakin matang untuk memilih seseorang pemimpin yang benar-benar layak dan bukan memilih kerana faktor-faktor lain seperti janji-janji ‘kosong’ dan pemberian benda-benda sepanjang kempen.
Beliau berkata, secara umumnya, keputusan PRK Pengkalan Kubor menyaksikan undi kepada kedua-dua parti, PAS dan Barisan Nasional merosot.
“Cuma kadar undi PAS lebih banyak merosot (kerana) antara faktornya (adalah) undi luar, melalui analisa yang dibuat,ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi,
“antara faktornya kerana pilihanraya diadakan pada hari bekerja yang memberikan masalah kepada mereka untuk pulang,”jelasnya.
Sementara menunggu laporan ‘psot-mortem’ pilihanraya tersebut, beliau yang juga ADUN Paka meminta pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat, wujudnya pengundi yang mempunyai kerakyatan dua negara pada PRK Pengkalan Kubor, rakyat Malaysia dan pada masa yang sama memiliki dokumen warganegara Thailand.

Ulasan