Dengan Usaha, Doa dan Harapan, N.01 Akan Menjadi Milik PAS


Screenshot (284)TUMPAT – Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan semua pemimpin yang telah turun membantu kempen pilihanraya kecil N.01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Katanya, bagi pihak tuan rumah, negeri Kelantan Darul Naim dan Muslimat PAS Pusat sangat menghargai sokongan semua pihak yang terlibat.



“saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh jentera, semua pimpinan yang turun membantu (PRK) Pengkalan Kubor N.01 (dan) Alhamdulillah,
Screenshot (286)“(bagi) pihak tuan rumah mewakili seluruh pimpinan Muslimat negeri dan pimpinan Dewan Muslimat PAS pusat sangat-sangat menghargai diatas segala sokongan tenaga, masa dan segala wang ringgit,”ujarnya ketika ditemui wakil kami.
Beliau berkata, Pengkalan Kubor merupakan imej politik kerajaan negeri Kelantan kerana Yang DiPertua PAS bagi Kawasan tersebut adalah Datuk Ustaz Ahmad Yakob, yang merupakan Menteri Besar Negeri Kelantan.
Selain itu, menurut beliau, PRK Pengkalan Kubor adalah penting bagi memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang sedang dizalimi dengan pelbagai isu, termasuk isu royalti, diskriminasi dan kekurangan kemudahan infra untuk rakyat dan dan lain-lain lagi.
Oleh itu beliau yakin, Pengkalan Kubor akan menjadi milik PAS selepas hari pengundian esok berdasarkan gelombang sokongan pengundi yang lebih baik, berbanding pilihanraya umum lalu.
“Jadi alhamdulillah, kita melihat seluruh negara daripada setiap negeri, dari Perlis sampai (ke) Sabah dan Sarawak, jentera kita turun (dan) daripada tempatan,
Screenshot (285)“Saya melihat gelombang kebangkitan yang kita rasai sekarang ini, alhamdulillah maknanya gelombang yang cukup baik berbanding dengan pilihanraya umum yang lalu,
“dan harapan kami In sha Allah N.01 akan menjadi milik PAS pada 25haribulan nanti,”jelasnya
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu Hajah Zaroni Othman berkata, pecutan akhir para petugas Muslimat dari negeri pembantu itu telah mengadakan usaha ziarah kepada sasaran.
Beliau berkata, setelah berusaha, in shaa dengan berdoa kepada Allah, moga kemenangan akan diberikan kepada calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim.
“In sha Allah untuk pecutan terakhir ini kita berusaha, kita mengadakan ziarah dengan para perawat kita, dan selepas itu kita berdoa, semoga kemenangan akan diberikan oleh Allah,”ujarmya

Ulasan