Ekspedisi Alam Suntik Ilmu Rohani Dan Jasmani


IMG-20140929-WA0059KEMAMAN – “Ekspedisi Alam” oleh Kelana KLKM – 19 TATIUC Telok Kalong telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Jeram Kota, Air Putih dengan kerjasama NGO (badan bukan kerajaan) iaitu PAKAT 4×4, RAK dan ERT dari Kemaman berakhir dengan jayanya.
Seramai 40 orang pelajar termasuk urusetia terlibat, bermula dengan aktiviti berbasikal lebih kurang 10 kilometer dari jalan utama menyusuri jalan balak yang berbukit dan berbatu hingga ke lokasi.


“Kami disuntik dengan pelbagai ilmu kerohanian dan jasmani semasa berada dihutan oleh jurulatih kami” jelas Pengarah Ekspedisi Saudara Muhamad Shamin bin Abul Qasim, 20 tahun.
“Selain dari kuliah subuh dan maghrib, pelajar didedahkan dengan penggunaan radio dua hala, demo pacuan empat roda, jungle tracking, asas pengakap dan dilatih supaya mencintai alam semulajadi” ujar Saudara Ahmad Haniff bin Bharim, 20 tahun selaku Ketua Kelana KLKM -19 TATIUC.
“Kami bersedia berkhidmat untuk masyarakat dalam apa jua keadaan contohnya seperti banjir yang melanda daerah Kemaman pada tahun lepas” tegas beliau lagi.

Ulasan