Jangan Terjebak Dengan ‘Permainan Politik’


satiful (458x258)MARANG – Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat mendakwa, mutakir ini ada di kalangan pemimpin atasa PAS yang mempamirkan budaya dan akhlak yang tidak sesuai dengan PAS sbagai satu gerakan Islam.
Beliaa berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana ahli dan penyokong PAS dididik dengan dengan tarbiyah Islam.



“bukan hanya dari ahli bawahan tapi kekadang sampai peringkat kepimpinan yang menzahirkan secara terang-terangan, budaya dan akhlak yang tidak sesuai sebagai sebuah gerakan Islam,
“sedangkan kita sedia maklum bahawa kita dididik, diajar, ditarbiyah apatah lagi surah al-Hujurat (dalam al-Quran) yang menjadi asas didikan tarbiyah kita, bagaimana kita berada dalam sebuah jemaah mempunyai akhlak berjemaah,”ujarnya.
20140905_161958 (2)Walaupun PAS sebagai sebuah gerakan yang terbuka, namun begitu menurut beliau, meraikan pandangan tidak harus sehingga menolak keputusan yang diabuat oleh kepimpinan.
ADUN Paka itu bercakap demikian ketika menyampaikan ucapan aluan dalam program Ailog dan Penjelasan Isu Terkini, di Dewan Tok Guru, masjid Rusila di sini semalam.
Justeru itu, beliau yakin, PAS dapat mengharungi ‘gelombang politik’ yang sedang melanda kini, sekiranya ahli-ahli dan penyokong berpegang kepada hadis dan al-Quran serta menjadikan ulamak sebagai panduan.
“In sha Allah kita mengharapkan bahtera perjuangan kita ini yang sudah sekian lama yang sejak 1951, mahupun yang diasaskan oleh perjuangan yang lebih lama dari itu, lebih tua daripada itu, lebih awal dari itu,
“dengan panduan Al-Quran dan Hadis, dengan kepimpinan Ulama’ , majlis Syura yang memandu kita dan sebagainya, kita cukup berkeyakinan, kita akan berjaya mengharungi gelombang bahtera perjuangan ini dengan selamat sampai kepada matlamat yang kita tuju,”jelasnya.
Beliau menyeru supaya semua ahli dan penyokong PAS mewujudkan ‘kesatuan’ dalam pemikiran dan tidak terjebak dengan ‘mainan politik’ musuh.
“hari ini kita harap kita dapat satukan pandangan kita, satukan buah fikiran kita, kita dapat wujudkan ‘wehdatul fikr’, dan selepas selesai program ini kita tidak terjebak dengan mainan-mainan perancangan politik (oleh musuh),
“yang cuba nak memporak perandakan perjuangan kita,”tegas beliau

Ulasan