
Pengarah Karnival Ustaz Sharizukirnain Abd Kadir berkata, para petani, penternak dan nelayan ini merupakan golongan penyumbang kepada pembangunan negara.
“(mereka adalah penting kerana) negara masih mengimpot barang pertanian,”ujarnya ketia menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Karnival, di Dataran Itqanul Muluk, Kampung Gaung, dekat sini, Jumaat 26 September.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, banyak projek-projek dilaksanakan dalam sektor pertanian hanyalah projek ‘indah khabar dari rupa’.
Antara projek tersebut, kata beliau adalah, projek kambing Kaprima dan tanam kelapa sawit keliling rumah.
“projek kambing kaprima sehingga dia reka ‘tiusyen kambing’, tanam kelapa sawit keliling rumah tiga pokok sahaja, tapi dakwa boleh RM 450 sebulan,
“tipu atas ‘darat kering’ dulu kini dan selamanya,”jelas beliau ketika betucap pada Majlis Perasmian Karnival yang sama.
Ulasan