29 September 2014

Projek Tambakan Banjir Taman Rakyat Belum Lagi Selesai


IMG-20140929-WA0057DUNGUN – Projek tambakan banjir Taman Rakyat, Gong Pasir Dungun yang diluluskan oleh kerajaan negeri antara soalan tambahan yang dibangkitkan oleh ADUN Rantau Abang, YB Hj Alias Harun.
Status projek tersebut telah diserahkan kepada kontraktor bertanggungjawab bermula November 2012 sepatutnya disaipkan pada Oktober 2013.



“Namun pada akhir tahun lepas, kemajuan projek tersebut masih bernilai 50%. Dengan peruntukkan yang begitu besar, sepatutnya penduduk Taman Rakyat tidak berhadapan lagi dengan masalah banjir pada tahun lepas,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan dalam Program Ceramah Sidang Dun Terengganu di sini semalam.
IMG-20140928-WA0106“Namun, tambahan peruntukkan telah dilulus terhadap kontraktor tersebut dengan jangkaan siap pada Jun 2014. Sekarang ni sudah bulan September tapi.projek tersebut masih lagi belum siap. Banjir dah nak datang. Kite persoalkan dengan peruntukan yang begitu besar yang ditanggung oleh duit-duit rakyat,
“kenapa projek yang dapat memberi manafaat kepada rakyat tidak siapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kemana perginya pegawai yang telah diamanahkan untuk memantau perjalan projek tersebut?” Tambah YB Hj Alias lagi yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Lias.
Turut sama dalam program ceramah tersebut YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Hj Ghazali Sulaiman, Pengarah MTD Bukit Besi dan Sdr Naraza Muda, Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.
Tambah YB Hj Alias lagi, jika tambakan tersebut siap, ia akan menyekat aliran banjir ke Taman Rakyat tetapi kampung bersebelah seperti Kampung Che Lijah dan Binjai akan menerima kesan bencana jika musim banjir berlaku. Persoalan ini telah pun diajukan pada persidangan DUN yang lepas namun tiada jawapan daripada exco yang diamanahkan.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018