Sekitar Penamaan Calon PRK N.01 Pengkalan Kubor

TUMPAT - Lebih daripada 2,000 orang ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan kepada calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, yang akan bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) N.01 Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor yang akan diadakan pada 25 September dua minggu akan datang.


Antara yang pemimpin PAS yang hadir adalah Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Timbalan Presiden PAS Mohamad Bin Sabu, Naik Presiden Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ketua Muslimat Siti Zailah Binti Mohd Yusoff Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Muslimat Mumtaz Md. Nawi dan lain-lain pemimpin pelbagai peringkat.


Perarakan penamaan calon bermula dengan solat hajat dan munajat di padang Pemahkotaan Majlis Daerah Tumpat bermula seawal jam 7.30 pagi.
 Kira-kira pada jam 8.15 pagi calon PAS diiringi oleh pemimpin dan penyokong mula bergerak menuju ke Pusat Penamaan Calon yang bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat Negeri.
Calon PAS sampai ke pusat penamaan calon pada 8.30 pagi, manakala calon Barisan Nasional sampai pada 8.45 pagi. 

Kemudiannya beberapa ketika Mursyidul Am PAS tiba di situ disambut dengan laungan Allahuakbar, sebaik Tok Guru tiba, Timbalan Presiden Umno Muhyigdin yassin bergegas menemui Tok Guru dan bersalam dengan bekas Menteri Besar itu.




Seorang calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang pernah bertanding pada tahun 2013 tiba di pusat penamaan calon bersama tiga orang penyokong dan menyerahkan borang percalonannya, pada kira-kira jam 10.00 pagi pegawai pusat penamaan calon Muhammad Sobri Ramli membuat pengumuman penutupan pencalonan bagi pilihan raya kecil N.01.




Seramai tiga orang calon telah menyerahkan borang masing-masing dan menyaksikan pertandingan tiga penjuru untuk pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada 25 September ini.

Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim akan ditentang oleh calon BN Mt Razi mat Ail dan seorang calon Bebas.










Ulasan