24 September 2014

Sidang DUN ‘Disingkatkan’ Kerana PRK Pengkalan Kubor?


IMG-20140924-WA0052KUALA TERENGGANU – Sidang DUN Negeri Terengganu hari ini masuk hari kedua selepas bermula semalam dengan hampir kesemua ADUN datang bagi menghadiri mesyuarat kali kedua bagi penggal kedua kali ke 13.
Sebanyak 5 soalan lisan sempat ditanyakan oleh wakil-wakil rakyat kepada kerajaan dan dijawab oleh para Exco serta Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman.


Antara soalan yang diajukan adalah berkenaan Rumah Mampu Milik dan gejala Mat Rempit yang semakin berleluasa dan tidak terkawal turut disuarakan oleh wakil BN daripada Jabi dan PAS Wakaf Mempelam.
Pihak kerajaan ketika menjawab berkenaan Rumah Mampu Milik menyatakan, usaha sedang giat dijalankan bagi menyiapkan rumah dalam pembinaan dan sebahagiannya sudah diserahkan kepada pemilik yang berkelayakan.
Sementara sebahagian rumah lagi akan disiapkan mengikut prosedur semasa.
“Perancangan kerajaan pada masa akan datang untuk membina rumah mampu milik ini di setiap parlimen sebanyak 500 buah dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat” ulas Razif bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil Jabi, YB Iskandar Jaafar.
PAS turut bimbang dengan gejalan Mat Rempit.
Wakil PAS dari Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut meminta penjelasan, bagaimana usaha yang dilakukan kerajaan lakukan menangani masalah yang sudah berlarutan sekian lama itu.
Exco terbabit, Dato’ Rozi B Mamat (Telemung) berkata, usaha membanteras gejala Mat Rempit bukan sahaja perlu diletakkan di bahu kerajaan tetapi mestilah mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuklah pihak pembangkang.
Sidang DUN tamat pada jam 1.00 pagi dan ditangguhkan kepada masa dan tarikh tertentu bagi memberi laluan kepada pimpinan parti politik ke PRK Pengkalan Kubor yang akan membuang undi pada esok Khamis, 25 September.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...