23 September 2014

Sidang DUN : MB Janji Kaji Peruntukan Kawasan Pembangkang


sidang dunKUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memberi jaminan akan mengkaji cadangan mengagihkan terus peruntukan kewangan tahunan untuk pembangunan dan khidmat Kepada wakil rakyat termasuk kawasan yang tidak dimenangi oleh Umno dan Barisan Naional (BN)
Jaminan itu diberikan sebagai respon kepada soalan tambahan oleh wakil dari Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.


Screenshot (238)ADUN Bukit Payong yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu bertanyakan konsep transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri samada adakah akan berlaku perubahan juga terhadap layanan sama rata kerajaan kepada semua wakil rakyat yang telah dipilih secara sah.
Dengan tidak menjawan secara langsung, Razif memberikan alasan, hal berkaiatan memerlukan kajian yang lebih teliti kerana beliau tidak mahu ianya dimanipulasikan oleh pihak-pihak lain, tanpa menjelaskannya.
Ditemui selepas sidang berehat tengahari, Ustaz Mohd Nor berharap ianya menjadi kenyataan dan bukannya hanya kajian yang tidak berkesudahan kerana ini melibatkan kepentingan rakyat.
“Kita akan tunggu dalam bajet tahun 2015, agar dimasukkan cadangan ini dan seterusnya dilaksanakan secepat mungkin kerana banyak hal berkaitan rakyat akan dapat dilaksanakan.
“Dan jika sekiranya tidak ada apa-apa tindakan susulan dan jangka masa terdekat, kita menganggap transformasi yang dilaung-laungkan oleh MB hanyalah retorik atau slogan pengenalan sebagai menteri besar yang baru dilantik sahaja,” ujar beliau.
Sidang Dun Negeri Terengganu yang bermula hari ini, akan berlangsung selama dua hari bermula 23 September sehingga 24 September.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...