Tangan Inilah Yang Drafkan Akta Petroleum – Tun Salleh

tun salleh abas
“Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya untuk memberitahu hakikat sebenarnya,” kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Kerajaan Negeri Terengganu.
Itulah kenyataan beliau ketika menceritakan sejarah sebenar bagaimana Akta Pembangunan Petrolia 1974 digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.


Screenshot (287)Akta inilah yang telah dijadikan asas terhadap perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu yang antara lain menyatakan kerajaan negeri Terengganu akan dibayar royalti minyak sebanyak lima peratus dari hasil keluaran minyak di negeri ini.
“Tangan inilah yang membuat draf akta tersebut,” katanya.
Tun Salleh menceritakan perkara ini di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Terengganu yang berhimpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada malam 16 September, 2000, bagi mendengar ceramah perdana dan solat hajat isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.
Beliau berkata demikian dalam suasana hujan renyai-renyai yang kemudiannya oleh Naib Presiden yang kini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam ceramah yang sama sebagai air mata rakyat Terengganu.
Berdasarkan fakta sejarahnya, kata Tun Salleh, adalah bohong sama sekali peruntukan lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu itu adalah wang ehsan dari Petronas semata-mata kerana Terengganu sebuah negeri yang miskin.
Kata Tun Salleh, perjanjian yang dibuat antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dan juga lain-lain negeri di negara ini dengan jelas menyebut royalti berdasarkan kerajaan negeri Terengganu memberikan hak sepenuhnya kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak dari negeri ini.
“Bukan Terengganu sahaja, kerajaan Pusat juga mendapat lima peratus dari hasil tersebut,” katanya ketika memberikan ceramah! tersebut.
IMG_20140925_160852Menurut Tun, sebelum Akta Pembangunan Petrolium digubal, kerajaan Pusat menghadapi masalah dengan kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung dengan hak minyak di negeri masing-masing sehingga sampai ke peringkat ugutan mahu keluar dari Malaysia.
“Atas usaha orang inilah (Tun Salleh) yang berbincang dengan Tun Razak, Perdana Menteri pada ketika itu, akta ini didraf dan kemudiannya diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak,” katanya.
Menurutnya, oleh kerana minyak ditemui di Terengganu kemudian dari penggubalan akta itu, maka ianya telah digunapakai oleh Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.
Untuk mengemaskan lagi cara pembayaran wang itu, satu lagi perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dibuat pada tahun 1987 dan dengan jelas di situ dimasukkan perkataan “royalti” bukannya “ehsan” lima peratus, jelas Tun Salleh lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau sama sekali menol! ak wang lima peratus dari Petronas untuk kerajaan negeri Terengganu itu adalah kerana ehsan Tun Abdul Razak kepada kerajaan negeri Terengganu yang miskin.
“Ia jelas sekali satu pembohongan fakta kerana saya masih hidup dan tahu benar apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak ketika itu,” katanya dipetik Harakah.
Berhubung dengan kenyataan, minyak digali di luar kawasan negeri Terengganu iaitu di luar tiga batu nautika dari pantai Terengganu, Tun berkata, tiga batu nautika ini maksudnya dari pantai terdekat milik Terengganu termasuk pantai pulau-pulau yang menjadi milik negeri Terengganu.
Jika diluar kawasan tersebutpun, kawasan itu dikira masih hak bersama dengan andaian siapakah milik kawasan tersebut jika tidak wujudnya Terengganu sekarang dalam Malaysia.
“Mungkin minyak itu bukan milik Malaysia lagi,” katanya.
Berdasarkan fakta itulah, maka kedua-dua pihak diberikan hak royalti lima peratus iaitu kerajaan negeri Terengganu dan kera! jaan Persekutuan, jelas Tun Salleh.

Ulasan