‘Transformasi’ Razif Perlu Kikis Amalan Rasuah Dan Penyelewengan


Screenshot (269)KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Haji Hanafiah Mat berharap, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman melaksanakan segala tindakan yang perlu bagi memastikan hasrat beliau merealisasikan ‘Transformasi Terengganu Baru’ berjaya.
Beliau berkata, tidak cukup kepada Razif untuk mengucapkan terima kasih dan berjanji untuk mengkaji ‘itu dan ini’ kerana rakyat mahu melihat ‘perubahan’ sebenar berlaku.


Hanafiah berkata demikian ketika ditemui selepas mencadangkan agar kerajaan negeri dibawah Menteri Besar yang baharu, melaksanakan amalan tender terbuka dalam pemberian projek-projek kerajaan.
“kebanyakkan projek-projek berskala tinggi yang diluluskan dibuat secara runding terus diantara pihak kerajaan dengan para kontraktor,
“yang keduanya bila ada kerja-kerja tambahan, sehingga kadang-kadang lebih dari dua kali, pun diluluskan sedemikian rupa,
“saya mencadangkan sekarang ini supaya semua kerja-kerja itu hendaklah ditender secara terbuka dan juga kerja-kerja tambahan (mestilah) tidak lebih dari dua kali dibuat tambahan,
“kemudian kalau ada tambahan lagi, hendaklah projek itu dibuka semula atau ditender semula,”ujar Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, pada Sidang DUN di sini, semalam 23 September.
Ketika menjawab, Razif mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan soalan dan cadangan yang diutarakan oleh Hanafiah.
Bahkan Razif menekankan bahawa polisi kerajaan dibawah pentadbiran beliau adalah melaksanakan perbelanjaan secara berhemah.
Screenshot (238)“terima kasih kepada wakil Chukai, diatas cadangan yang diberikan……..saya mengalu-alukan…..dan ucapkan terima kasih dan In sha Allah perkara ini kita akan ambil perhatian,
“kerana yang saya sebut sebelum ini, polisi kerajaan negeri Terengganu sekarang ini (ialah) berbelanja secara berhemah,”jelas Razif.
Sehubungan itu, Hanafiah berkata, antara projek ratusan juta ringgit yang tidak dilaksanakan secara sistem tender terbuka adalah, Pojek-projek Pembangunan Tasik Kenyir yang dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie, bernilai RM260 juta.
“datipada jumlah tersebut (RM260 juta) hanya kira-kira RM160 juta telah dibelanjakan, jadi kita minta pihak kerajaan menender semula baki projek yang belum dilaksanakan, kira-kira berjumlah RM100 juta,
“selain itu, di kawasan saya, projek pembinaan jambatan yangruntuh di sungai Limbong itu, saya di maklumkan ia diberikan tanpa tender,
“saya menegaskan supaya kerajaan menarik balik dan membuka tender semula,”tegas Hanafiah.
Katanya, ia adalah sangat penting sekiranya, kerajaan dibawah pimpinan Razif benar-benar mahu membuat perubahan.
Sebaliknya, beliau memberi amaran, ia akan hanya manjadi seperti pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang lalu, yang sudah dikenali sebagai kerajaan penuh penyelwengan dan rasuah.

Ulasan