Ucapan Dasar Presiden PAS Sesuai Dengan Situasi – Muslimat


BATU PAHAT – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Puan Safinah Jusoh menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar kali ini amat bersesuaian dengan ketika dan suasananya.
“Bagi saya tema pada tahun ini ialah terus beristiqomah dan ia satu tema yang cukup sesuai dengan keadaan ahli kita,”ujar belau ketika ditemui.



Beliau menegaskan ucapan Presiden itu mengandungi arahan kepada ahli-ahli dan penyokong agar meneruskan kerja, dan perlu faham bahawa keterlibatan dalam PAS ini bukanlah bermusim dan bukan kerana ramainya orang masuk PAS.
“(mereka) ahli-ahli masuk PAS adalah kerana akidah dan dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim, bukan kerana ramai orang masuk PAS,”jelasnya.
V
Oleh itu, beliau menyeru supaya semua ahli agar beriltizam dengan jamaah dan pimpinan, wala’ dan akan terus bersama dengan jemaah Islam, iaitu bersama memasuki, melibatkan diri dan membabitkan diri dalam jamaah Islam.
“kami dengar dan taat serta mempunyai sikap thiqoh dan wala’ kepada pucuk kepimpinan,
“dan kami yakin bahawa pemimpin kita sebagai kapten kapal yang tidak akan membawa kita ke lembah binasa,”tegasnya.

Ulasan