08 September 2014

Undang-undang Syariah di Kepulauan Melayu Sebelum Kedatangan Inggeris

DSC_0457KUALA NERUS – Undang-undang syariah termasuk undang-undang jenayah, hukum hudud dan qisas dilaksanakan di seluruh kepulauan Melayu, sebelum Inggeris datang dan menjajah.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dr Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, banyak bukti undang-undang Islam berasaskan al-Quran dan as-sunnah nabi Muhammad itu menjadi undang-undang di negara ini khususnya di negeri Terengganu.


“umpamanya, penemuan Batu Bersurat (undang-undang yang berjalan) pada zaman pemerintahan Paduka Baginda Raja Mandalika,
“undang-undang Islam telah dilaksanakan di semua bidang termasuk jenayah, Hudud dan Qisas dan juga takzir,”jelasnya ketika berucap selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEPT) pada Majlis Perasmian Seminar Perlaksanaan Syariah.
DSC_0459 (2)Pembentang kertas jemputan khusus termasuk dari negeri Kelantan dan Brunei Darussalam telah hadir dalam Seminar yang diadakan pada 6 September di Dewan Masjid Jamek Tok Jiring, dekat sini.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah sebagai tetamu istimewa yang telah merasmikan Seminar selama sehari itu.
Beliau berkata, kemudian pada pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1918), undang-undang syariah menjadi undang-undang tubuh kerajaan negeri Terengganu.
“ia terbukti dengan adanya Perlembagaan Negeri Terengganu Itqan al-Muluk Bi Takdi as-Suluk, (termasuk) undang-undang mahkamah dan jenayah yang diamalkan di negeri Terengganu,”ujarnya

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...