Unit Amal Perkukuhkan Organisasi dan Gerakkerja Kumpulan


DUNGUN – Jabatan Amal Negeri Terengganu di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah berjaya mengadakan Program Jambori Amal Negeri Terengganu 2014.
Program tahunan tersebut telah diadakan ditapak perkhemah Kampung Tebing Tembah, Dun Paka bermula 11 hingga 13 September 2014.
Seramai 500 anggota Amal daripada seluruh Jabatan Amal kawasan dan Dun hadir bagi menjayakan program tersebut.
Bertemakan ‘BERAMAL KERANA ALLAH’, pengisian jambori amal tahun ini telah lebih kepada aktivi mendekati masyarakat setempat.


IMG-20140913-WA0088Aktiviti kemasyaratan tersebut lebih kepada program kebajikan, gotong royong dan ziarah penduduk kampung berdekatan yang sakit.
Namun begitu, aktiviti seperti futsal pantai, explorace, sepak raga dan kawad amal tetap menjadi acara tetap program tersebut.
Ketika merasmikan jambori tersebut, Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah telah mengucapkan taniah kepada Jabatan Amal di atas kejayan menganjurkan program tahunan tersebut.
‘Disini kite berkumpul selama tiga hari dua malam untuk berukhurwah sesama anggota amal, di samping megikuti program-proram yang telah kite aturkan seperti gotong royong bersama masyarakat setempat di lokasi yang di tentukan sendiri oleh wakil penduduk setempat’, ujah Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Beliau juga mengharapkan semua anggota amal dapat berusaha menjaga disiplin serta akhlab seorang pemuda muslim. Ini kerana Jabatan Amal dilihat sebagai imej pertama yang dilihat oleh masyarakat terhadap PAS.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik Johari Osman, Pengarah Amal Pusat.

Ulasan