Waspada Kejadian Jenayah Yang Berleluasa

IMG-20140910-WA0094
DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk anggota keselamatan yang bekerjasama dalam menangani kes kejadian bunuh seorang warga emas.
Menurutnya Mak Cik Mariam Kasim, 86, telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati dengan kain dijerut di leher, tangan dan kaki terikat serta tertiarap di atas kerusi.


IMG-20140910-WA0095Katanya, peristiwa yang menyayat hati itu berlaku di kedai runcit Mak Cik Mariam. di Kampung Sura Hujung, dekat sini, tengah hari semalam 10 September.
Oleh itu, beliau turut mengharapkan agar pihak polis dapat mengadakan siasatan yang rapi dan menyelselaikan kejadian jenayah serta ‘mengheret’ mereka yang tidak berperikemanusiaan itu ke muka pengadilan.
“yang pertamanya, saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menangani kejadian yang menyayat hati itu,
“saya amat berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mendakwa penjenayah yang zalim itu ke muka pengadilan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tempat kejadian dan keluarga Allahyarham Mak Cik Maryam
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar berwaspada dan mengambil berat tentang jiran tetangga dan kawasan masing-masing supaya kejadian jenayah dapat dibendung.

Ulasan