
Program tahunan ini berlangsung di perkarangan asrama Maahad tersebut bermula jam 7.30 pagi dan selesai kira-kira jam 12.00 Tengah hari,Selasa 7 Oktober.
Menurut pengarah program, Ustaz Hj Rozman berkata tahun ini penyertaan bertambah dan permintaan amat menggalakkan sebanyak 56 ekor lembu dan seekor kambing berjaya di qurbankan.
“Dan tempat penyembelihan dibahagi kepada 2 tempat iaitu 31 ekor di Rusila dan selebihnya di Kampung Banggol Peradong.
“Hasil qurban ini akan digunakan sebagai lauk makanan harian pelajar-pelajar MDQ,”ujarnya
Beliau juga berkata Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Ulasan