Ahli PAS Berpegang Kepada Prinsip dan Dasar Parti


IMG-20141025-WA0042 (2)BESUT – Konvensyen yang diadakan pada Sabtu lalu disifatkan menjadi medan terbaik bagi penyatuan pemikiran dan tindakan ahli-ahli PAS Kawasan Besut.
Menurut Yang DiPertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, hasrat dari penganjuran Konvensyen itu berjaya berjaya dicapai kerana ahli-ahli berpegang kepada prinsip PAS.



“hasrat daripada penganjuran ini ialah kita nak membentuk satu acuan yang sama yang disatukan dari segi tindakan dan juga bentukan fikrah.
“Sebab itu antara tumpuan dan fokus kita ialah kepada penyelarasan fikrah dan beberapa perkara yang direncanakan pada peringkat awal,”ujarnya kepada pihak media, ketika ditemui.
Screenshot (335)Katanya, walaupun sesetengah pihak menganggap PAS menghadapi dugaan dan gelombang, namun Konvensyen tersebut membuktikan kesatuan dan kesepaduan dam peringkat parti ini berjalan terus dalam parti.
Beliau menganggap isu dalaman yang berlaku adalah satu proses ‘penapisan’ yang telah ditetapkan oleh Allah, untuk memperteguhkan dasar perjuangan PAS.
“nak bagi kepada kita supaya kita dapat membuat suatu penjelasan berkaitan dengan dasar perjuangan……adakah pas ini lari dari dasar perjuangan? adakah PAS lari daripada tujuan asal pertubuhannya?,
“maka (sebenarnya) tiada isu dan alasan mengapa kita meninggalkan parti kita, sebab itu dalam konteks yang lebih menyeluruh,”tegas beliau.
Beliau menyeru seluruh ahli PAS agar tidak meletakkan suatu buruk sangka atau ‘prejudis’ kepada pimpinan, kerana katanya, ia akan menyebabkan perpecahan.
Justeru beliau menegaskan, penubuhan kumpulan yang cuba menggugat kesepaduan PAS, tidak menjadi ‘kudis gatal’ kerana pegangan ahli-ahli yang mencengkam kepada dasar parti.
“sebab itu kita katakan (sebarang) penubuhan (kumpulan) yang baru ini……. ia tidak menjadi kudis gatal kepada perjuangan,
“sebab anggota kita ia mencengkam dari sudut dasarnya………….. ia memegang dasarnya dari prinsip tujuan dan penubuhannya,”jelasnya

Ulasan