
Allahyarham telah meninggal dunia kerana sakit tua, telah di masukkan ke hospital tersebut sejak seminggu yang lalu.
Menurut Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said, pemergian al-Marhum ditemani oleh anak ke empat beliau yang berada di sisi beliau ketika itu

Sehubungan itu, jenazah al-Marhum telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Ibai dekat sini.
Kira-kira jam 9.45 malam, jenazah al-Marhum Ustaz Harun Jusoh tiba di perkarangan masjid Kampung Kolam, Kuala Ibai di sambut oleh lebih 500 orang jamaah.

Kemudian, al-Marhum disemadikan di tanah perkuburan di belakang masjid tersebut, kira-kira 15 minit kemudian.
Bagi pihak keluarganya, anak lelaki al-Marhum Ustaz Syukri yang memberikan ucapan sebelum itu, memohon maaf bagi pihak al-Marhum , sekiranya ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh al-Marhum semasa hidupanya, samada yang diketahui atau pun tidak.
Beliau juga berharap, mana-mana pihak yang masih mempunyai ‘muamat’ dengan al-Marhum agar dapat bertemu dengan beliau bagi menyelesaikannya.
Hadir dalam ‘perjalanan akhir’ mengiringi tokoh yang telah banyak berjasa kepada PAS Terengganu dan Malaysia itu adalah Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat serta pemimpin disemua peringkat.
al-Marhum Ustaz Harun Dalam Kenangan
Ustaz Haji Harun bin Jusoh JP.PJK., dilahirkan di kampung Paya Keladi,Kedai Payang,Kuala Terengganu pada 28.2.1940, mempunyai seorang isteri Hajjah Zainab binti Mat Husin dan 9 orang anak, 5 lelaki dan 4 perempuan.

Sepanjang kerjayanya dan pengalaman hidup beliau, pernah menjadi wakil rakyat PAS kawasan Wakaf Mempelam dari tahun 1969-1978 dan DUN Bandar pada tahun 1990 – 1995.
Dalam tahun-tahun tersebut beliau pernah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi perjawatan negeri Terengganu dimana YAB Dato’ Menteri Besar Terengganu sekarang Dato’ Seri Haji Wan Mokhtar Ahmad sebagai pengerusinya dan pernah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Pertanian Negeri di peringkat kerajaan dan beberapa jawatan lain yang tidak kurang pentingnya.

Sepanjang hidup beliau, al-Marhum adalah seorang yang begitu aktif dengan kegiatan Parti.

1. Anggota dewan harian PAS Negeri (J/ Kuasa tertinggi PAS Negeri )
2. Ketua Dewan Pemuda Kuala Terengganu (1959-1967)
3. Setiausaha PAS kawasan Kuala Terengganu
4. Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu (1967 – 1978)
5. Pengarah keselamatan PAS Negeri Terengganu.
Semoga Rohnya Dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang diberikan nikmat oleh Allah SWT jua!
Ulasan