Bicara Kes Saman Presiden PAS; Peguambela Puashati


Asmuni Awi Kes Presiden PASPeguam Presiden PAS, Haji Asmuni Awi berpuashati dengan perjalanan perbicaraan writ dalam kes saman berkaitan fitnah pil kuda yang melibatkan seorang bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden PAS pada pilihanraya umum ke-13 lalu.
Beliau yang ditemui selepas penangguhan perbicaraan itu menjelaskan, pihak plaintif telahpun mengemukakan tiga orang saksi bagi perbicaraan pada sebelah pagi.


“Alhamdulillah pada pagi tadi perbicaraan kes saman telahpun berjalan.
Dan setakat ini pihak plaintif telah memanggil tiga orang saksi.
Dan setakat ini, kita berpuashatilah dengan perjalanan dan keterangan yang diberikan pihak plaintif,” kata beliau.
Perbicaraan ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Satiful Bahari Mamat, Timbalannya Dr Alias Razak, Bendaharinya Shukrimun Shamsudin.
Turut kelihatan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Khalil Abdul Hadi yang juga anak kepada Presiden PAS, Adun Tepoh, YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim serta para penyokong PAS yang hadir bagi memberikan sokongan.
Kes saman bekas calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bermula apabila Shamsul yang diarahkan PKR agar tidak bertanding dalam PRU 13 lalu, tidak berpuashati dengan isi ceramah oleh Presiden PAS.
Ceramah oleh Presiden PAS yang berlangsung di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang ketika kempen PRU itu, menurut beliau telah memfitnah beliau sebagai pengedar pil kuda.
Oleh kerana yakin gelaran itu ditujukan kepada beliau dan merasakan maruahnya telah tercalar kerana gelaran itu, maka beliau memfailkan saman ini di mahkamah.
Shamsul diwakili oleh Tetuan Vasudevan A & Co.
Perbicaraan akan bersambung semula pagi esok, Khamis 9 Oktober

Ulasan