25 Oktober 2014

DUN Pengkalan Juara Berganda!


IMG-20141024-WA0075MARANG – Pertandingan ‘Penceramah dan Pengacara Majlis’ berjaya mengenengahkan bakat baru para muslimat dan orang muda dari kalangan wanita di kawasan Parlimen Marang, dengan penyertaan seramai 25 orang.
Program anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang (LPDHM DMPKM) itu telah menarik penyertaan dari kesemua DUN dan mencungkil para penceramah pelapis bagi menjadi tenaga penerangan muslimat pada masa akan datang.


IMG-20141024-WA0076Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Puan Hajjah Zarani Othman melahirkan rasa sukacita dan bangga dengan penganjuran program yang disifatkan beliau sebagai satu ‘program realiti TV’.
“Saya amat berharap agar usaha ini dapat dipraktikkan sebaiknya di luar sana. Kita akan guna dan gilap lagi bakat-bakat yang hadir pada hari ini untuk program-program muslimat. ”
“Buat yang menang, tahniah diucapkan. Selepas ini, anda semua akan menggalas amanah sebagai wakil kawasan Marang ke pertandingan peringkat negeri pula. Buat yang tidak berjaya hari ini, itulah adat pertandingan. Jangan serik lagi untuk mencuba,”ujarnya yang juga Ketua Muslimat PAS Marang.
Peserta dari DUN Pengakalan Berangan merangkul kedua-dua juara bagi pertandingan, dengan Juara kategori Penceramah dimenangi oleh Khairun Nashriah Mohd dari dun Pengkalan Berangan.
Manakala Juara kategori Pengerusi Majlis dimenangi oleh Wan Nabilah Solehah Wan Abd Razak juga dari dun Pengkalan Berangan.

Tiada ulasan:

Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal y...