Himpunan ARC Terengganu Bulan Disember

IMG-20141019-WA0012
Alternative Riding Club (ARC) Terengganu telah mengadakan satu konvoi ke Pantai Balok, Kuantan bagi menyertai Perhimpunan ARC Peringkat Pusat anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Perhimpunan yang diadakan untuk kali keempat itu, telah berjaya mengumpulkan seramai 560 orang penunggang dari seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia.


ARC adalah salah satu cabang dari Jabatan Seni Budaya dan Sukan (Department of Arts, Culture and Sports – DACS) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia
IMG-20141019-WA0011Kontijen ARC Terengganu seramai 200 orang yang diketuai oleh saudara Rahim Razali itu, telah berjaya menggondol anugerah penyertaan paling ramai bagi kali keempat berturut-turut semenjak pertama kali ianya diadakan pada tahun 2010, di Pantai Merang.
Program yang berlangsung selama dua hari itu, telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut Ketua ARC Terengganu, saudara Wan Ahmad Ridhuan Wan Husain, program ini bertujuan bagi merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli ARC negeri-negeri.
“Kami amat gembira dengan anugerah peserta teramai ini bagi kali keempat berturut-turut, tahniah kepada semua peserta ARC Terengganu.
Pada bulan Disember nanti, ARC Terengganu akan mengadakan pula himpunan ARC peringkat negeri pula.
Kita akan mengadakan program ini di Besut,” kata beliau.
Ditanya berkenaan pengisian program di Pantai Balok baru-baru ini, beliau menjawab, kebanyakkan program yang disediakan ialah berbentuk keagamaan dan aktiviti sukan bermotor.
Sebelum itu, majlis pelepasan perserta konvoi ke program himpunan itu telah disempurnakan oleh Adun Alor Limbat Arifin Deraman di Pengadang Baru.

Ulasan