21 Oktober 2014

Istiqamah Sehingga Akhir Hayatnya


Screenshot (315)KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu kehilangan seorang tokoh pemimpin yang istiqamah, yang terus memegang amanah kepimpinan sehingga akhir hayatnya.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, jasa al-Marhum Ustaz Harun Jusoh yang telah memimpin PAS sejak tahun 1960-an adalah sangat besar.



“sampai kepada penghujung usianya, beliau masih lagi memegang jawatan Ketua Keselamatan PAS Terengganu (dan) jasa beliau dalam (perjuangan) PAS Terengganu cukup banyak,
Screenshot (316)“kita generasi kemudian (PAS Terengganu) amat berterima kasih atas segala pengorbanan dan jasa beliau,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di masjid Kampung Kolam Kuala Ibai, selepas menunaikan solat jenazah kepada al-Marhum Ustaz Harun Jusoh yang telah kembali ke rahmatuLlah pada hari Sabtu, 18 Oktober.
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu juga menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun ‘kesedihan’ kerana ramai tokoh-tokoh pemimpin PAS yang ‘dipanggil kembali’ oleh Allah.
“ramai kepimpinan PAS Terengganu yang meninggal dunia pada tahun ini (termasuk) al-Marhum Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Jidin, Ustaz Abu bakar Chik dan Ustaz harun Jusoh,
“bagi pihak PAS Terengganu dan seluruh warganya berdoa semoga roh mereka diterima Allah, dihimpunkan di kalangan orang-orang yang soleh dan dimasukkan bersama roh para syuhada’,”jelasnya.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018