01 Oktober 2014

Kesemua Enam OKT Kes Rusuhan PRU 12 Dibebaskan


IMG-20140930-WA0061PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan di sini telah membenarkan rayuan enam orang yang kena tahan (OKT) yang terlibat dengan rusuhan di kampong Rusila, ketika pilihanraya umum kali ke-12 pada tahun 2008.
Peguam Kamaruzzaman Abdul Wahab berkata, mahkamah turut mengenepikan sabitan kes ke atas mereka di mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi sebelum ini.



“dan hari ini di peringkat mahkamah rayuan di dengar pada pukul 9.30 pagi tadi (semalam) dan setelah berhujjah sehingga pada pukul 12.00, maka mahkamah rayuan telah membenarkan rayuan kita,
“dan telah menepikan perintah sabitan sebelum ini dan memutuskan OKT ini tidak bersalah pada hari ini,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau juga berkata, dalam satu lagi pendengaran, rayuan yang dibuat oleh pendakwaraya, keatas keputusan melepaskan dua orang tertuduh, turut ditolak oleh mahkamah.
“rayuan tersebut telah ditolak oleh mahkamah rayuan pada hari ini diatas isu pengecaman yang tidak kuat dibuat dimahkamah seksyen sebelum ini,”jelasnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...