22 Oktober 2014

Langkah Muslimat Mendepani ‘Badai Tengkujuh’

IMG-20141022-WA0042
DUNGUN – Mengambil kesempatan hari cuti umum, jentera Muslimat MTD Bukit Besi telah melakukan ziarah ke kampung-kampung di sebelah hulu Dungun. Seramai 10 muslimat telah bersama dalam menjayakan program tersebut.



IMG-20141022-WA0040
Seramai 6 orang tokoh veteran muslimat PAS (al Mala’) telah berjaya dikunjungi. Rombongan bermula dari Kampung Pasir Raja terhilir ke Syukor, Belimbing, Kuala Jengal dan berakhir di Kampung Rantau Panjang.

Ketika dihubungi Ketua Muslimah MTD Bukit Besi, Hajah Zakiah Alias menyatakan, program tersebut merupakan antara program bulanan yang telah dirangka oleh pihak muslimah Dun.

“Namun kali ini, kami berkesempatan menziarahi Tengku Fatimah Tengku Salleh (baju kurung kuning) yang merupakan veteran muslimah Kampung Syukor. Dalam usia 99 tahun, Allah masih mengekalkan kesihatan kepada beliau.

IMG-20141022-WA0045“Dalam.usia sebegitu masih mampu memcucuk benang ke dalam jarum tanpa bantuan kaca mata.” ujah beliau lagi yang juga isteri kepada Pengarah MTD Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman.

Tambah beliau, ziarah kali ini juga disertakan agenda motivasi untuk muslimat setempat agar bersiap sedia dalam menghadapi musim tengkujuh yang bakal dihadapi nanti.

Dalam program ziarah tersebut, pihak muslimat turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada para al Mala’ tersebut.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...