Majlis Perundingan Rakyat; Pendirian PAS Terengganu Sangat Tepat


IMG-20141013-WA0006Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah memutuskan untuk menangguhkan penyertaan buat sementara waktu dalam apa yang dipanggil sebagai Majlis Perundingan Rakyat (MPR) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat, langkah tersebut sangat tepat kerana selain dari tiga isu yang dikemukakan oleh pihak BPPNT, terdapat perkara-perkara yang berkait dengan ketelusan dan tadbir urus yang gagal dijelaskan oleh pihak kerajaan negeri.


IMG-20141013-WA0039“ada isu yang banyak berkaitan ketelusan dan tadbir urus yang baik, selain kes tanah Banggol Donas yang sekian lama tidak diambil tindakan, sedangkan laporan ketua audit negara telah menyatakannya secara terang-terangan,
“pada sidang DUN terbaru bulan lalu, saya meminta MB Razif agar mengkaji semula projek jutaan ringgit yang diberi tanpa tender, secara runding terus….termasuk pembinaan jambatan Sungai Limbong ditengah-tengah bandar Chukai,”ujarnya
Beliau yang ditemui sekembalinya dari menyertai Misi Kemanusiaan Antarabangsa ke Sudan dan Jordan bersama Yayasan Amal menggesa kerajaan negeri Terengganu menjelaskan dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana jambatan tersebut yang kurang lebih ’20 depa’ itu bernilai RM26 juta.
“sudahlah tender secara ‘direct-nego’ jambatan yang kira-kira 20 depa itu, dimaklumkan kepada saya bernilai RM26 juta, ia bermakna RM1.6 juta satu depa,
“jika benar….ia mungkin merupakan rekod baru bagi satu tindakan yang tidak telus dan tidak ada penganggungjawaban serta tadbir urus yang baik,”twgasnya.
Menyebut tentang tuduhan di laman sosial tentang pemergian beliau bersama Misis Kemanusiaan itu, Haji Hanafioah berkata, beliau sudah menjawabnya dan berharap pihak yang melemparkan fitnah ‘balik ke pangkal jalan’.
“selaku ADUN, pemergian saya ini saya sifatkan sebagai satu lawatan kerja yang berjaya meneliti soal-soal berkait pembangunan komuniti dalam negara umat Islam Islam di Sudan dan Jordan,”tambahnya.
Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Terengganu telah berjaya melaksanakan amanah ibadah korban dan akikah sebanyak $63 ekor lembu dan lebih 500 ekor kambing di kem pelarian Sagarab, Kassla dan Ghadarif, Sudan.
Manakala di bandar al-Mafraq, Jordan, sebuah lagi sekolah bagi mendidik anak-anak pelarian Syria telah dibangunkan melalui projek ‘Edu4Syria’ yang telah bermula sejak tahun lepas.
Sebanyak 20, 000 naskah al-Quran pula diagihkan kepada madrasah, surau dan masjid di Sudan dan Jordan dalam rangka kempen ‘Wakaf al-Quran’ anjuran Yayasan Amal Cawangan Terengganu.

Ulasan