10 Oktober 2014

Perbicaraan Kes Saman Presiden PAS Ditangguh Lagi


IMG_20141009_213110KUALA TERENGGANU – Perbicaraan kes saman bekas calon PKR di Bukit Besi pada PRU 13, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada tarikh 28 Oktober idepan
Perkara tersebut diputuskan oleh hakim Dato’ Mohd. Yazid Mustafa di dalam kamarnya setelah beliau memanggil peguam kedua-dua belah pihak
Saksi bagi pihak palintif yang juga wartawan akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan dan gagal mengemukakan alasan ketidakhadiran beliau ke mahkamah.


Menurut peguambela Presiden PAS Haji Asmuni Awi, sepatutnya pihak plaintif mengemukakan tiga orang lagi saksi bagi perbicaraan hari ini iaitu dari akhbar Kosmo dan Sinar Harian serta seorang lagi saksi bebas.
Namun beliau mengemukakan bantahan terhadap saksi dan keratan akhbar dari akhbar Sinar Harian oleh pihak plaintif yang mana menurut beliau, ianya tidak dinyatakan dalam notis tuntutan bagi kes ini.
“Sepatutnya mereka (plaintif) memanggil seramai tiga orang lagi saksi iaitu dua daripada surat khabar, iaitu surat khabar Sinar Harian dan juga Kosmo dan seorang lagi daripada saksi bebas.
“Saya telah buat bantahan terhadap cadangan pihak plaintif untuk memanggil saksi dari pihak Sinar Harian dan juga cadangan mereka untuk mengemukakan keratan akhbar Sinar Harian sebagai bukti keterangan.
“Atas alasan bahawa akhbar Sinar Harian itu tidak di‘plead’kan (dinyatakan) mana-mana dalam pleading (notis tuntutan) pihak plaintif.’Dan kata-kata yang dikatakan fitnah yang dilaporkan oleh surat khabar Sinar Harian mengenai plaintif itu juga tidak dinyatakan di mana-mana pleading yang difailkan oleh pihak plaintif,” jelas beliau.
Hakim menurut beliau, telah menerima bantahan tersebut dan pada perbicaraan 28 Oktober nanti mereka tidak boleh memanggil akhbar Sinar Harian mahupun mengemukakan keratan daripada akhbar tersebut
Beliau berkata, jika pada 28 Oktober ini plaintif masih gagal mengemukakan saksi, maka kes ini boleh digugurkan.
Perbicaraan hari ini menyaksikan ruang pemerhati dipenuhi dengan pimpinan dan ahli PAS yang hadir bagi memberikan sokongan kepada Presiden PAS.
Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT), YB Ustaz Satiful Bahari Mamat, Timbalan 2 Haji Yahaya Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Timbalannya YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim.
Turut hadir ialah anak Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar , Ustaz Azman Shapawi serta pempinan lain.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018