DUNGUN – Bersempena cuti Umum Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Dun Paka telah menyusun program Yang Berhormat (YB) Ustaz Satiful Bahri Mamat, turun padang bertemu masyarakat terutama orang miskin, orang kurang upaya, orang sakit dan uzur.
Program dua hari itu bermula pada petang Selasa dan berakhir jam 6.30 petang pada ke esokkanya, Rabu 22 Oktober.

Antaranya, program gotong royong bersih surau, bersih rumah warga emas, bagi sumbangan kepada fakir miskin, ziarah orang sakit, sukaneka, Qiamullail, ceramah, rawatan doktor dari rumah kerumah pesakit, dan banyak lagi.
Seawal paginya beliau minum teh di kedai kopi bersebelahan padang bola Paka sempat bersalam serta dapat bertanya khabar bersama masyarakat Paka pada Rabu sebelum masuk kampung untuk program ziarah dari rumah ke rumah untuk mendapat gambaran jelas tentang permasalahan rakyat sekarang ini.
Secara kebetulan ketika Ustaz Satiful minum teh, terdapat sebuah kereta yang dipandu oleh warga Filipino terbabas dan terlanggar pembahagi jalan akibat mabuk.
Ustaz satiful sempat bersama yang berada di situ tolong membantu mengalihkan kenderaan berkenaan dari menghalang laluan ketepi jalan bagi mengelak kesesakan jalan raya.
Program sebegini diadakan secara bulanan mengikut (Unit Peti Undi) UPU secara bergilir gilir dan untuk bulan November akan datang, ia akan diadakan di UPU Sura.

Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rata sukacita dan puas hati terhadap sifat caknadan prohatin serta ambil berat ADUN Paka itu terhadap penduduk dan mereka mengharapkan semoga diberikan lagi kemenangan pada pilihanraya akan datang.
“Beliau bukan sahaja sanggup mendengar luahan dan rintihan rakyat, malahan dapat menyelesaikan beberapa permasalahan yang timbul di dalam masyarakat,”ujar seorang daripada mereka, yang tidak mahu dikenali.
Walaupun peruntukan dari kerajaan negeri disekat, tidak diberi kepada wakil rakyat pembangkang, namun ADUN Paka berusaha juga menyelesaikan permasalah rakyat.
Antaranya, beliau dapat membina rumah rakyat termiskin dan memberi bantuan secara tetap bulanan kepada anak yatim dalam DUN Paka
Dalam program yang sama, Pemuda DUN Paka mengambil kesempatan membuka Kaunter daftar ahli dan juga daftar pemilih sepanjang program berlangsung.
Ulasan