26 Oktober 2014

YB CAKNA: Interaksi Berterusan Dengan Masyarakat

Oleh: Najmiah Kassim
YB Cakna Bukit Tunggal2KUALA NERUS – Mengenali, mendengar, memahami dan menyelami masalah adalah asas kepada objektif program YB CAKNA (Cakna), satu program berterusan meneguhkan interaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal dengan masyarakat.

YB Dr. Alias Razak berkata selain tujuan untuk membantu kesusahan yang dialami, program Cakna mengeratkan silaturRahim antara pemimpin dengan rakyat.


“untuk lebih mengenali dan memahami permasalahan penduduk masyarakat, mendengar dan mencuba untuk menolong rakyat selain mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat,

“sebelum ini telah banyak diadakan pogram-pogram diperingkat UPU (Unit Peti Undi), antaranya ialah gotong-royong, menziarah rumah anak-anak yatim, menziarah penduduk kampung yang uzur atau OKU dan lain-lain,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut yang diadakan di Padang Bola Batu Enam pada Sabtu 25 Oktober.

“sebenarnya kelmarin kami telah mengadakan gotong-royong di beberapa kawasan dan pada hari ini kita berhimpun,

“antara tentatif pada sebelah pagi ialah ziarah ke rumah-rumah yang telah dipilih oleh UPU, jamuan rakyat, dan di sini kami ada membuka gerai yang menyediakan rawatan percuma dari (Pusat Rawatan) as-Syifa dan PAPISMA,”jelasnya.

Pada sebelah petangnya, diadakan pula program santai bermaklumat, demonstrasi pasukan Bomba dan Penyelamat memadakam kebakaran.

Bagi acara Sukaneka, semua penduduk menyertainya tidak kira tua dan muda, termasuk kanak-kanak, sebelum acara penutup, sesi Dailog Bersama YB.

Sehubungan itu, beliau berharap, program yang diadakan secara ‘berkala’ ia akan dapat mengekalkan ukhuwah diantara wakil rakyat dan masyarakat setempat.

Di akhir majlis tersebut, Dr Alias telah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah dan pemenang-pemenang bagi acara sukaneka.

Tiada ulasan: