
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, kawasan yang paling kritikal dilanda banjir adalah Kampung Gong Badak dan Kampung Padang Hangus.
“(Bilik Gerakan) Kita bermula jam 9 malam (selasa malam), kita telah aktifk
an Bilik Gerakan Banjir PAS Tepoh dengan tujuan untuk penyelarasan gerak kerja semua jentera kita,

Katanya, usaha-usaha menyelamat dan membantu penduduk di kawasan terjejas berterusan sehingga kini dan sebuah rumah operasi juga dibuka di Gong Badak.
“ia berterusan sampailah sekarang dan masih lagi berterusan dengan usaha-usaha menyelamat, usaha-usaha untuk membantu seluruh penghuni-penghuni yang berada disitu,
“Di Gong Badak kita ada satu rumah operasi untuk penyelamat dan kemudahan, dan malam ini juga rumah operasi dinaiki air tetapi boleh beroperasi seperti mana biasa,”jelasnya.
Namun begitu, beliau terus ‘meletakkan’ kebimbangan kerana menurutnya, beliau dimaklumkan ada antara pam untuk membuang air keluar dari Taman Pusu Tiga rosak dan kawasan itu serta sekitarnya berisko ditenggelami air.
“kita cukup bimbang kedudukan sekarang ini, yang difahamkan oleh sebahagian penduduk pam air di Pusu Tiga itu dikatakan ada yang rosak jadi bila sebahagian yang berfungsi,
“kemungkinan kalaulah hujan lebat yang berterusan dengan suasana seperti hari ini atau lebih kemungkinan besar Pusu Tiga juga berisiko untuk jadi kawasan banjir di tempat ini , kemudian di beberapa tempat ysng lain saya perhatikan ada kemungkinan berisiko,”jelasnya.
Oleh itu, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus menyeru seluruh lapisan masyarakat agar tampil dan berganding bahu serta bantu membantu dalam menghadapi ujian dari Allah itu.

Apa yang penting ketika menghadapi ‘musim benca’ ini kata beliau, adalah keselamatan nyawa dan harta benda.
“untuk keselamatan anak-anak, keselamatan diri sendiri, dalam situasi sekarang jni, harta benda. “Keselamatan diri khursus daripada jangkitan penyakit dan anak-anak yang suka bermain air dan seumpamanya supaya kita dapat mengelakkannya,”tambah beliau.
Ulasan