Gerakan Islam Melaksanakan Tujuan Manusia Atas Muka Bumi

abdul hadi 151114
MARANG – PAS berbeza dengan kumpulan lain yang berada di Malaysia di mana PAS merupakan salah satu gerakan Islah dan Tajdid yang menghadapi cabaran semasadi tanah air ini.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS adaah gerakan Islam yang tersendiri mengikut ‘waqi’ (kesesuaian) di negara Malaysia dan ia berbeza dengan Ikhwan al-Muslimin atau mana-mana gerakan Islam yang lain.


“PAS adalah PAS………Ikhwan (al-Muslimin) adalah Ikhwan……PAS adalah gerakan yang tersendiri mengikut waqi’ di tempat kita dan kita berhubung dengan semua gerakan-gerakan Islam seluruh dunia,
Screenshot (415)“yang sama seperti kita, kerana kita tidak bersifat ‘Rasul’ untuk seluruh dunia…….yang penting gerakan Islam itu memenuhi ciri-ciri dan rukun yang dinyatakan oleh Allah,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Hari Keluarga Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, pada Sabtu 15 November.
Antara ciri-ciri gerakan Islam itu, kata beliau, adalah ia berdakwah kepada perkara yang baik, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
“tajuknya ‘addakwatul ilal khair’, objektifnya ialah ‘al-amru bil makruf wannahyu anil-munkar’…….para ulamak menafsirkan addakwatul ilal khair adalah seluruh ajaran Islam yang berkait dengan aqidah, syariat, akhlak dan segala sistem untuk melaksanakan ajaran itu,
“yang wajib direalisasikan melalui amal makruf dan nahi mungkar, sehingga kemuncaknya mendirikan negara yang mendaulatkan syariat Allah,”tegasnya.
Namun, begitu, katanya, tidak menjadi masalah sekiranya ada kumpulan Islam yang tajuknya berdakwah dan amar makruf sahaja dan tidak ada nahi mungkar serta yang bersifat pendidikan dan kebajikan sahaja
Tetapi yang penting, katanya, bagi umat Islam mesti ada satu kumpulan yang yang melaksanakan ketiga-tiga perkara itu, sehingga berjaya mendaulatkan Islam yang menyeluruh, bagi melaksanakan tujuan manusia berada di atas muka bumi.

Ulasan