14 November 2014

Harga Sawit Dan Getah Jatuh; Apa Usaha Kerajaan Bantu Petani?


Screenshot (387)SETIU – Rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya berhadapan dengan cabaran kehidupan yang semakin sengit apabila kos sara hidup semakin tinggi dan perbelanjaan harian yang semakin meningkat.
Pada masa yang sama, menurut Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, harga komoditi yang menjadi pergantungan hidup penduduk luar bandar, getah dan kelapa sawit jatuh merudum.


“ditambah (pula) dengan kenaikan harga minyak dan gas (akibatnya) harga makanan (dan keperluan) mendadak naik,
IMG-20141111-WA0044 (2)“walaupun pendapatan kerajaan Terengganu lebih kurang RM2 bilion setahun, tapi rakyat tidak dibantu……..khasnya peneroka dan petani yang harga komoditi jatuh.
“Apa usaha kerajaan negeri (untuk) membantu?,”soalnya
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian ketika menyampaikan pendapatanya dalam Majlis Forum Rakyat yang diadakan di Kampung Lerek, dekat sini pada Selasa 11 November.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan telah menghabiskan wang jutaan ringgit dengan projek-projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.
IMG-20141111-WA0042 (2)“Tahun ni (buat) Monsoon Cup (perlumbaan perahu layar) akan dibuat selama 15 hari……………siapa yang dapat manafaat……………(bukan rakyat tempatan) kecuali ‘orang puteh’ dan orang uar Terengganu),
“(kerajaan) beli bas (dalam air) sebanyak 5 buah dengan harga RM 6 juta, untuk pelancongan di tasik Kenyir (bukan untuk rakyat),”jelasnya.
Beliau berkata, kerajaan yang baik tidak sepatutnya ‘menyeksa’ rakyat yang miskin, peneroka Felda, buruh dan peneroka Melayu Bandar yang mempunyai masalah, masih menumpang hidup di tanah orang.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018