09 November 2014

Hari Keluarga Menjalin ‘Ta’awun’ dan Ukhuwah


IMG-20141108-WA0048KEMAMAN – PAS Unit Peti Undi (UPU) Bukit Kuang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dekat sini, menganjurkan program kemasyarakatan selama dua hari, dalam usaha meluaskan ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim, sempena sambutan tahun baru Hijriah 1436.
Menurut Timbalan Ketua UPU Razali Awang, program rekreasi ‘Hari Keluarga’ melibatkan pertandingan berkumpulan meningkatkan sifat ‘ta’awun’ iaitu bantu membantu dan kerjasama dalam melaksanakan kebaikan.


IMG-20141108-WA0049Katanya, sambutan dimeriahkan lagi pada sebelah malamnya dengan persembahan dua kumpulan nasyid, Seedrain dan Shoutul Amal serta Burdoh dari pondok al-Mustakim, menyajikan hiburan alternatif.
“Pelbagai acara yang dianjurkan pada hari kedua, termasuk tarian naga, cabutan bertuah, tarik tali, basikal lambat, rakit darat, mewarna untuk kanak-kanak dan yang paling menarik adalah acara tangkap ketam.
“Program ini diadakan untuk menanamkan keyakinan kepada rakyat bahawa PAS juga mampu memerintah jika diberi peluang di PRU ke 13 nanti” ujarnya ketika ditemui.
Katanya, program pada 7 dan 8 November itu di tutup dengan acara kemuncak yang bermaklumat, Ceramah Maal Hijrah menampilkan ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.
Sementara itu, dua ekor lembu ‘ditumbangkan’ bagi bagi menyajikan hidangan dan meraikan para peserta, hadirin dan masyarakat setempat dalam agenda jamuan bersama rakyat.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...